PRU 13, Perkiraan Falak, Najib Kalah, Freemason dan Fitnah Dajjal



Assalamualaikum wbt.

Bismillahirrahmanirrahim. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Baginda Rasulullah SAWAW, para Itrahnya, seluruh imam-imam pemimpin ummat dan semua pewarisnya. Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya kita masih dapat menghirup udara segar dan dapat menjalani kehidupan kita dalam keadaan aman di negara bertuah ini. Ya ALLAH, keluarkanlah kami daripada kegelapan waham dan sinarilah kami dengan cahaya kefahaman.

Dalam kesempatan kali ini, saya ingin menulis sepatah dua kata tentang Pilihan Raya Umum kali ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi di negara kita.

Seperti yang sudah sedia maklum, tarikh penamaan calon akan diadakan pada 20 April 2013 dan tempoh meraih undi serta kempen diberikan selama lebih kurang 15 hari. Tarikh pilihan raya kali ke-13 pula akan diadakan pada 5 Mei 2013 bersamaan 5.5.13. Tahun 2013 ini walaupun baru lebih kurang 4 bulan kita lalui, tetapi ia telah mencatatkan banyak perkara besar dan menarik perhatian umum.

Untuk pengetahuan semua, pada sekitar tahun 2009 ekonomi Malaysia telah mula merudum jatuh. Ketika itu Dato Seri Najib masih baru memegang tampuk pemerintahan Malaysia sebagai Perdana Menteri. Dato Seri Najib telah berusaha giat untuk menstabilkan ekonomi negara.



Sekitar tahun 2010, projek pertama 1 Malaysia telah di mula dijalankan. Pada awalnya, ia sangat ditentang oleh rakyat. Ramai yang menuduh kerajaan kita mengambil nasihat daripada ejen Apco untuk menstabilkan keadaan politik dan ekonomi negara ini. Lantas Perdana Menteri kita telah mencipta satu projek yang diberi nama 1 Malaysia. Kata orang ramai, itu ditiru dari projek 1 Israel yang turut ditiru oleh Indonesia dan banyak negara lagi.

Sebenarnya, konsep 1 (One) ini adalah konsep kesatuan. Kita hendak menyatukan sesuatu. Tetapi pada asalnya konsep ini memang di asaskan oleh orang Zionis. Ini bertujuan bagi menjayakan projek One World Goverment atau One World Religion mereka. Mereka, para yahudi Zionis dan proksi-proksi Dajjal yang lain termasuklah Knight Templar, Malta, Crussaders dan juak-juak mereka harus bertungkus lumus menjayakan projek One World Goverment dengan menciptakan sebuah order baru iaitu New World Order.

Ia bertujuan untuk menyatukan hala tuju pemerintahan di seluruh dunia di bawah satu matlamat yang sama, iaitu Liberalisme dan Kapitalisme. Dengan terciptanya orde baru ini, juak-juak Dajjal itu tadi tidak lagi perlu bersusah payah menghancurkan negara-negara ummat Islam. Akan tetapi mereka hanya perlu meletakkan proksi-proksi mereka di setiap negara ummat Islam termasuk MALAYSIA!

Setiap proksi mereka ini akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjatuhkan maruah dan moral agama Islam, orang Islam dan pemimpin Islam. Mereka akan bermati-matian untuk menukar pengajian agama Islam yang dahulunya sedia maklum adalah bersistemkan sistem pondok atau pengajian kitab turath yang sangat tegas kepada sistem baru yang lebih longgar dan ringan. Maka tersebarlah pelbagai fahaman seperti salafi wahabi, syiah ghuluw, dan pelbagai lagi pengajian-pengajian yang bertopengkan Ahlus Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) sedangkan mereka sebenarnya telahpun memalsukan ASWJ yang sebenar.

Setelah mereka berjaya memesongkan hala tuju pengajian ummat Islam, maka mereka akan mula menyajikan rakyat terutamanya yang beragama Islam dengan sajian hiburan tanpa henti. Hiburan yang melampau dan budaya yang sangat buruk untuk dicontohi. Mereka menanamkan agar "seks" itu kelihatan seperti perkara biasa sahaja di mata orang awam. Mereka menanamkan bercumbuan antara bukan mahram di khalayak awam itu adalah perkara biasa. Mereka menanamkan budaya liberal atau budaya bebas. Kita bebas mengamalkan agama bila-bila yang kita mahu. Kita juga bebas mengamalkan apa yang kita mahu selagi tidak menimbulkan kemarahan orang lain atau mengganggu orang lain. Lantas, norma-norma hidup masyarakat akan mula punah, adab serta akhlak akan runtuh.

Maka dari situ terbitlah pelbagai fahaman liberal yang meresap ke dalam agama. Ada yang mengaku sudah Makrifat tetapi jika dilihat penampilan luaran mereka, seperti orang ingin ke kelab malam berfoya-foya, di tangan masih terlekat puntung rokok, tetapi mulut laju bercerita tentang agama. Tidak keterlaluan saya katakan, ada yang sehingga sanggup melemparkan Al-Quran dan berkata Kitab itu hanyalah kertas sahaja, tetapi Quran yang sebenar ada dalam hati. Kononnya dia berbuat demikian adalah kerana zouqnya dirinya terhadap ALLAH SWT atau lebih tepat, fana' ilaALLAH.

Sedangkan hakikat sebenarnya, kita semua telah tertipu dengan ilmu kita. Kita merasakan Tuhan itu ada dalam diri kita. Kita merasakan Al-Quran itu telah sebati di hati kita. Lantas dengan perasaan merapu kita itu, dengan beraninya kita melakukan perkara-perkara yang diluar batasan Syarak. Kita sudah mula berani meninggalkan solat fardhu 5 waktu dek kerana kita sudah makrifat atau kenal dengan Tuhan yang ada dalam diri kita. Kita sudah berani menghalalkan rokok dengan mengatakan ia menenangkan fikiran. Kita sudah berani menyentuh sumber rezeki yang syubhah dan haram kerana kita merasakan kita sudah makrifat dan Tuhan akan mengampuni kita. Kita bebas melakukan apa sahaja.

Semua ini terjadi hasil didikan salah yang diterapkan ke dalam diri kita. Semua ini berpunca daripada fitnah Dajjal. Walaupun Dajjal itu belum menzahirkan dirinya, tetapi juak-juaknya itu tadi lah yang membuat kerja untuk menyesatkan ummat dengan dibantu oleh tipu daya dan hasutan oleh syaitan yang direjam. Tujuannya hanya satu, untuk menjauhkan ummat daripada tauhid kepada ALLAH SWT dan menghilangkan rasa takut ummat terhadap ALLAH SWT lantas menanamkan rasa takut kepada ummat terhadap harta, ejen mereka dan hal-hal keduniaan.

Kalau dahulu, semasa era penjajahan dahulu kala, anak-anak kita didik dengan semangat juang. Kita didik untuk berani menentang penjajah. Kita dengan beraninya mengalunkan tari silat untuk melatih diri kita berjiwa pahlawan. Tetapi sekarang? Kita sering dimomokkan dengan ketakutan terhadap freemason, illuminati, ejen-ejen risik mereka, zionis dan sebagainya. Sedangkan kita tidak sedar, semua itu hanyalah subliminal message yang ditanamkan ke dalam diri kita agar kita tidak bangkit buat selama-lamanya.

Tujuan ia ditanamkan ke dalam diri kita ada bersebab. Sebabnya, supaya kita hilang fokus terhadap perjuangan kita. Maka setelah kita lupa hala tuju perjuangan kita, maka dengan mudah juak-juak Dajjal itu tadi menanamkan perjuangan palsu di dalam diri kita. Maka bermulalah psyops atau psywar di kalangan kita. Ia dilancarkan tatkala pilihan raya sudah semakin hampir.

Juak-juak Dajjal di pihak Barisan Nasional akan mula menanamkan rasa takut terhadap rakyat akan perkara 13 Mei berulang buat kali kedua. Kita dimomokkan sekiranya DAP berjaya memerintah, maka Cina akan berkuasa. Orang Melayu akan dinafikan haknya. Kita akan ditindas dan terpinggir di tanah air sendiri. Kita dimomokkan jika kita menyokong Paktan Rakyat kita akan menjadikan negara ini negara komunis. Dan banyak lagi momokan yang tidak henti-henti ditanamkan ke dalam minda rakyat termasuk penyebaran video lucah dan tuduh menuduh tanpa asas dan bukti yang nyata.

Sedangkan, sistem yang akan kita undi nanti pada hari pilihan raya adalah sistem Demokrasi yang asasnya adalah kapitalis walaupun sistem ekonomi negara kita adalah sistem ekonomi campuran. Tetapi, lupakah kita di negara ini ada Raja-raja? Adakah semudah itu komunis akan diterapkan di negara ini sedangkan masih ada Majlis Raja-raja?

Berbalik kepada pihak Pakatan Rakyat pula, kita dimomokkan tentang ketirisan dan kejahatan Barisan Nasional. Kita didedahkan dengan pelbagai pendedahan bersifat statistik. Kita juga ditekankan tentang perjuangan Islam jika kita berada dalam PAS. Manakala kita pula ditekankan tentang hak sama rata jika berada dalam PKR. Kita pula ditekankan tentang hak-hak beragama dan ekonomi dalam DAP. Kita juga turut ditekankan agar turun ke jalan raya sekiranya Pakatan kalah dalam pilihan raya akan datang. Kita ditabur dengan pelbagai janji yang memerlukan duit ringgit untuk menjayakannya demi sokongan rakyat terhadap mereka, sedangkan wang ringgi dalam deposit negara kita terhadap IMF sudah semakin habis.

Hakikatnya, tuduhan yang dilontarkan oleh Barisan Nasional terhadap PR ini sebenarnya sudahpun dirancang oleh juak-juak Dajjal itu tadi. Sekiranya Pakatan Rakyat memerintah, juak-juak Dajjal itu tadi akan mula merancang agar DAP yang berada paling atas sekali atau sekurang-kurangnya PKR dan mereka juga turut merancang beberapa akta baru untuk menimbulkan kemarahan orang Melayu. Lantas, segala tuduhan BN terhadap Pakatan sebelum pilihan raya akan kelihatan tepat. Seterusnya ia akan menimbulkan kemarahan dalam kalangan rakyat. Kononnya rakyat akan mula tersedar dan bangkit melawan pemerintah ketika itu. Maka, ketika itulah ada kemungkinan bakal berulangnya 13 Mei kedua.
Sebaliknya jika Barisan Nasional tetap memenangi pilihan raya ini, maka rakyat akan dimomokkan pula dengan penipuan SPR. Ketika itu, hal-hal pengundi hantu, kad pengenalan ekspress dan pelbagai lagi isu akan dibangkitkan. Lantas rakyat akan diapi-apikan untuk turun ke jalan raya melakukan rebel. Maka kekecohan akan berlaku.

Menang jadi arang, kalah jadi abu. Inilah hakikat sebenar pilihan raya kita yang paling unik dalam sejarah ini. Baik Pakatan atau Barisan yang memenaginya, hakikatnya kita tidak dapat terlepas daripada fitnah besar. Dajjal melalui juak-juak dan proksinya telahpun merancang pelbagai rancangan sulit mereka untuk meletakkan proksi-proksi mereka sebagai pemimpin di negara ini. Mereka harus memastikan sama ada Pakatan atau Barisan yang memenangi pilihan raya ini, maka para pemimpin baru nanti harus menjadi proksi mereka. Ini bertujuan bagi menjayakan orde baru mereka, New World Order.

Semua ini dilakukan hanya satu sahaja, demi memeuhi idea dan cita-cita para Zionis, Knight Templar, Illuminati, Freemason dan semua juak-juak Dajjal yang menantikan kehadiran tuhan Yehwah mereka dan Al-Masih Dajjal mereka yang dikatakan akan hadir di Lembah Mageddo kelak bagi membantu mereka berperang memerangi ummat Islam yang bakal diketuai oleh Imam Mahdi.

Petikan cerita mengenai Yahweh/Yehwah.
38:17 Bukankah tentang engkau Aku dahulu berbicara melalui hamba-hamba-Ku para nabi Israel? Mereka telah meramalkan bahwa di masa yang akan datang Aku akan menyuruh seorang untuk menyerang Israel. Aku Yahweh Yang Mahatinggi telah berbicara." 
38:18 Yahweh Yang Mahatinggi berkata, "Tetapi segera sesudah Gog menyerang Israel, Aku akan mengamuk.
38:19 Dan dengan sangat marah Aku akan mengancam, bahwa pada hari itu ada gempa bumi yang dahsyat di negeri Israel.
38:20 Semua ikan dan burung, semua binatang besar dan kecil, dan semua orang di muka bumi akan gemetar ketakutan menghadapi Aku. Gunung-gunung akan runtuh, tebing-tebing akan longsor dan semua tembok akan roboh.
38:21 Lalu Gog akan Kukejutkan dengan segala macam bencana. Aku, Yahweh Yang Mahatinggi telah berbicara. Anak buahnya akan saling menyerang dengan pedang mereka.
38:22 Dia akan Kuhukum dengan wabah penyakit dan pertumpahan darah. Hujan lebat dan hujan ais, api dan belerang akan Kucurahkan atas dia dan tentaranya dan atas banyak bangsa yang telah bergabung dengan dia.
38:23 Dengan cara itu akan Kutunjukkan kepada segala bangsa bahwa Aku ini agung dan suci. Maka tahulah mereka bahwa Akulah Yahweh.

Begitulah serba sedikit pengenalan cerita tentang hikayat yahudi bangkit dari barat ini. Untuk pengetahuan semua, orang yahudi sudah lama bangkit daripada kejatuhan mereka pada tahun 70 Masihi setelah Haikal Sulaiman mereka dirobohkan oleh Titus Roman. 1943 tahun kemudian iaitu pada tahun 2013 ini, dunia telah menyaksikan kebangkitan yahudi ini melalui proksi mereka. Seluruh negara ummat Islam telah berjaya mereka hancurkan tanpa sedar.

Asyik-asyik ummat Islam sahaja hendak bangkit? Orang yahudi pun nak bangkit. 70 000 tentera Dajjal pun sudah keluar dari Isfahan menuju ke Israel. Tentera mereka pun sudah bersiap sedia siaganya untuk perang terakhir mereka yang mana mereka percaya bahawa mereka akan menang kelak dalam peperangan tersebut kerana Yehwah mereka akan turun membantu. Orang yahudi juga sudah lama menanti kebangkitan dari Timur ini. Mereka telahpun merancang rencana dan tipu daya mereka untuk menghuru-harakan negara ummat Islam yang berada di Timur.

Kalau anda semua perasan, hanya Iran dan Nusantara sahaja negara ummat Islam yang belum dikecohkan dengan kekecohan besar seperti di negara-negara Arab Timur Tengah seperti Syria, Libya dan lain-lain. Adapun, rancangan hendak mengkomuniskan negara ini pun adalah dari rancangan juak-juak Dajjal itu juga. Mereka telahpun bermesyuarat beberapa minggu yang lalu bagi merencanakan hal-hal ini. Antara isu yang mereka bangkitkan adalah hal berkait pasca-PRU nanti. Siapa yang bakal mereka jadikan kambing hitam? Siapa yang bakal menjadi proksi mereka? Serta siapa yang bakal menjadi mangsa mereka?

Maka, atas kesempatan inilah saya ingin mengajak para pembaca sekalian berfikir sejenak sebelum keluar mengundi nanti. Apakah tujuan aku membuang undi? Apakah niatku membuang undi? Adakah benar-benar kerana ALLAH SWT? Apakah hasil yang bakal aku perolehi setelah membuang undi nanti? Adakah mengundi ini disyariatkan oleh Nabi ku? Adakah mengundi ini disuruh di dalam Islam?

Lantas setelah para pembaca berfikir sejenak dan mencari jawapannya, maka saya pasti para pembaca sudah mula faham apa yang dikatakan sebagai fitnah dajjal itu. Inilah masa dan saatnya. Kita sedang berada dalam kemuncak fitnah dajjal sebelum kita memasuki fasa kehancuran kita. Bangunan Putrajaya yang dahulunya menjadi pertikaian telah menjadi pilihan oleh Tun Dr Mahatir sebagai tempat pusat pemerintahan negara.

Mengapa harus Putrajaya yang dipilih? Mengapa harus pusat pemerintahan negara diletakkan di sana? Sedangkan nama asal bagi Putrajaya adalah Prang Besar yang mana nama Prang Besar itu diambil daripada peperangan besar yang telah berlaku antara tentera Jin melawan tentera Nabi ALLAH Sulaiman AS. Adakah kerana Tun Dr Mahatir tahu bahawa kelak, Putrajaya akan menjadi tempat berlakunya peperangan besar buat kali ke-2? Sama ada perang secara senjata dan fizikal atau hanya sekadar perang psikologi melalui percaturan politik, ia tetap merupakan suatu perang yang besar dalam sejarah moden negara kita.


Dalam kesempatan ini, untuk kita mengetahui lebih lanjut perancangan siapa yang bakal menjadi kenyataan, ayuh sama-sama kita lihat perkiraan di bawah. Saya petik perkiraan ini berdasarkan ilmu Falak Moden di dalam kitab Abu Ma'syar Al-Falaki yang bertajuk Madiinatul Asrar. Peringatan buat semua, ini bukanlah suatu ramalan atau tilikan sebaliknya perkiraan berdasarkan falak dan huruf. Sekiranya ia tepat, maka itu semua adalah kuasa ALLAH SWT. Sekiranya tidak, maka ia juga dibawah takluk kekuasaan ALLAH SWT merubah taqdirNYA ke atas hambaNYA.




(Klik gambar untuk besarkan)




Menurut perkiraan saya, sekiranya berlaku pertembungan antara Dato Seri Anwar Ibrahim melawan Dato Seri Najib Tun Razak untuk sesuatu keadaan sama ada debat, perebutan kerusi atau perebutan takhta Perdana Menteri, maka kekalahan akan memihak pada Dato Seri Najib Tun Razak. Adapun perkiraan ini berdasarkan ilmu Falak semata-mata. Saya kira berdasarkan penambahan kesemua huruf jawi bagi nama mereka dan saya kurangkan sebanya 9 sehingga nilai paling kecil dan saya ambil bakinya dan saya tolakkan antara keduanya. Nama Anwar melahirkan nilai sebanyak 5 manakala nama Najib melahirkan nilai 2. Sudah sedia maklum, 5 lebih besar dan sudah pasti dapat mengalahkan 2 yang lebih kecil nilainya.

Seterusnya, sekiranya anda ingin tahu adakah Islam akan menang melawan Yahudi, maka kiralah berdasarkan perkiraan di atas. Anda juga boleh mengira nama Anwar dan Raja-raja, adakah dia boleh mendahului Raja-raja dalam pemerintahannya kelak nanti? Maka setelah mengiranya anda pasti mendapatkan jawapannya.

Inilah antara ilmu tua yang sudah jarang diwarisi oleh orang melayu kita. Sangkin sedikitnya orang yang mewarisinya, maka kerana itulah ramai yang akan beranggapan ini adalah ilmu sesat lagi khurafat. Kita sudah kehilangan ramai alim ulamak yang mampu mengajarkan ilmu ini. Lantas kita sudah tidak tahu banyak cabang-cabang ilmu Islam. Kita hanya tertumpu kepada ilmu fekah, syariat, tarekat, suluk, tasauf, hakikat dan juga makrifat. Kita sudah mula melupakan cabang-cabang ilmu Islam lain yang sangat luas yang merupakan Fardhu Kifayah terhadap kita antaranya ilmu falak, ilmu nujum, ilmu rijal, ilmu nahu dan sebagainya.

Dalam kesempatan ini, saya ingin menyeru para pembaca sekalian agar mengelakkan daripada terikut-ikut fitnah akhir zaman ini. Perjuangan yang kita sangkakan selama ini sebenarnya tidak semudah dan tidak seindah yang sering kita sangkakan. Untuk melakukan suatu kebangkitan Islam itu memakan masa yang lama. Kita harus jatuh terlebih dahulu barulah kita dapat bangun dan bangkit menegakkan tiang ugama kita setelah ia jatuh dirobohkan musuh. Seperti kata pepatah Melayu, "sudah terhantuk baru terngadah..."

Maka dalam kesempatan ini, tanyakanlah kembali ke dalam sanubari hati-hati kalian, adakah perlu aku keluar mengundi kali ini? Adakah undi aku ini kelak boleh menyelamatkan aku daripada fitnah Dajjal? Jika jawapan anda adalah Ya, maka keluarlah mengundi. Jika tidak, saya harap anda tidak keluar untuk menyumbang terhadap keberlangsungan fitnah Dajjal.

InsyaALLAH jika ada kelapangan di masa akan datang saya akan menulis lagi tentang fitnah-fitnah ini dan menceritakan lebih lanjut apa yang sebenarnya sedang berlaku dan akan berlaku. Sebagai pesanan terakhir, bacalah dan amalkanlah 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhi surah Al-Kahf. Ingatlah pesanan Rasulullah SAWAW untuk menjauhkan diri daripada segala macam fitnah akhir zaman. Fitnah inilah yang amat ditakuti oleh semua orang-orang terdahulu...

Ya ALLAH, jauhkanlah kami daripada segala macam fitnah baik yang nyata waima yang tersembunyi. Amiin....


Sekian.


-Bradokapak
7.04 petang, 13 April 2013, 3 Jamadil Akhir 1434H.

22 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Anuar kalah dengan Mahathir.... ermm...

    ReplyDelete
  3. Salam bro,
    bukankah perkiraan ini dilakukan dengan merangkumi seluruh huruf pada nama tidak termasuk nama penuh.
    Contohnya: mohd+najib(DIJAWIKAN)

    ReplyDelete
  4. Mengikut pendapat saya adalah lebih baik kita jgn kuar mengundi..kerana siapa saja yang jadi pemimpin..mereka tetap akan menghalalkan apa yang Allah telah haramkan..kita mengundi dan menaikan mereka maka kita juga bersubahat dgn mereka..democrazy adalah sistem yang mengsyirikan Allah yang maha Agung..

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Salam, blh tahu apa makna no di atas? Terimakasih

      Delete
  6. Tanya Allah je nak undi ke tidak, nak pangkah pun boleh tanya Allah juga, bukan lama pun solat istikharah.

    Aku undi kerana Allah.

    ReplyDelete
  7. tak mengundi nanti apek pulak yag perintah Malaysia,nauzubillah

    ReplyDelete
  8. betul tu kalau orang Islam tak keluar mengundi,habis orang kafir akan ambil alih Malaysia,mohon di jauhkan Allah swt..

    ReplyDelete
  9. Aku kira nama anwar mengikut kaedah Syeikh luqman al sumetra , nama Anwar jatuh pada surah Luth. So macamana.
    Teringat kata Pak su Mid Kuala Nerang, Anuat tidak boleh jadi PM , satu keris tidak boleh masuk dua sarung.
    Fikir-fikirkan.................

    ReplyDelete
  10. Hukum Percaya Pada Ramalan Dalam Islam

    1. Shalatnya Tidak Diterima 40 Hari
    Disebutkan bahwa shalatnya tidak diterima sebanyak empat puluh hari. Nauzu billahi min zalik. Rasulullah saw bersabda:
    Siapa yang mendatangi arraf lalu ia menanyakan
    sesuatu dan membenarkannya, maka tidak diterima shalatnya selama empat puluh hari.

    2. Kufur kepada Agama Islam
    Barangsiapa mendatangi Kahin , lalu membenarkan apa yang diucapkannya, niscaya ia telah kafir terhadap apa yang diturunkan kepada nabi Muhammad saw. {HR Abu Daud, at-Tirmidz Ibnu Majah, Ahmad dan ad-Darimi}

    Sebab, di antara yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw. adalah bahwa hal-hal yang gaib tidak ada yang mengetahuinya selain Allah.

    Allah berfirman:
    Katakanlah: “Tidak ada seorangpun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang gaib, kecuali Allah. Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang gaib tak ada yang mengetahuinya selain Dia sendiri. Yang Mengetahui yang gaib, maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorangpun tentang yang gaib itu. Kecuali kepada rasul yang diridhai-Nya. {QS Jin: 26 -
    27}

    Bahkan Nabi Muhammad saw sendiri tidak mengetahui
    hal-hal ghaib kecuali yang diberitahukan Allah kepadanya melalui wahyu,
    karenanya Allah berfirman kepadanya:
    Katakanlah, Aku tidak berkuasa menarik kemanfaatan
    bagi diriku dan tidak menolak kemudharatan kecuali yang dikehendaki
    Allah, dan sekiranya aku men getahui yang gaib, tentulah aku membuat kebajikan sebanyak-banyaknya dan aku tidak akan ditimpa kemudharatan. Aku tidak lain hanyalah pemberi peringatan, dan pembawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman.

    Begitu juga jin, yang oleh para tukang sihir dan dukun dimintai pertolongan, mereka juga tidak memiliki kemampuan untuk mengetahui hal-hal gaib. Al-Quran menceritakan bahwa jin-jin Nabi Sulaiman
    alaihis-salam tidak mengetahui kematian beliau.

    Maka tatkala ia tersungkur, tahulah jin itu bahwa kalau sekiranya mereka men getahui yang ghaib, tentulah mereka tidak tetap dalam siksa yang menghinakan.

    Karena itu, membenarkan para dukun dan peramal yang mengaku mengetahui hal yang gaib- adalah pengingkaran terhadap
    ayat-ayat yang telah diturunkan Allah.

    Jika mendatangi dan membenarkan mereka demikian
    buruk kedudukannya dalam agama, maka bagaimana dengan para dukun dan peramalnya sendiri? Mereka telah melepaskan diri dan agama dan agama berlepas diri dan mereka, sebagaimana dalam hadits:
    Tidak termasuk golongan kami orang yang melakukan
    tathayyur atau minta di-tathayyur, atau menjadi dukun atau minta dibuatkan
    perdukunan untuknya, atau menyihir atau minta disihirkan untuknya.

    Na 'udzubillahi min dzalik. Semoga kita tidak termasuk orang-orang yang percaya pada ramalan. Amin Sumber

    ReplyDelete
  11. sn jn,
    Aku ingat engkau ni tak habis belajar lagi ni. Belajar mau kasi habis maaaa... Tau sikit tak usah tunjuk terror. Madinatul Asrar kitab al ghazali, Bintang 12 Karangan Imam syafiee.Baca Quran jgn paham sendiri-sendiri bukak asbunnuzul nya. Ketika Nabi berjalan ke syam bersama para sahabat , dipertengahan jalan Nabi berkata kpd para sahabat, sesungguhnya dibawah tapak kaki aku ini adalah satu mayat yg memegang tongkat berkepala emas. Lalu para sahabat menggali tempat yg dikatakan olih Baginda saw. setelah penggalian dibuat maka benarlah apa yg dikatakan olih Baginda. Berkata para sahabat "Sodaqtu Ya Rasulullah" (Benarlah engkau ya Radulullah}.Bertambahlah keimanan para sahabat.

    Tak ke kisah itu dalil bahawa Baginda Nabi mengatahui akan apa yg ada dibumi dan dilangit. Ambil kitab Pati Rahsia yg ditulis olih Bekas Mufti kelantan, bacalah isi kandungannya dan fahamilah.

    Tulislah sesuatu yg kita fahami bukan yg kita ketahui.

    ReplyDelete
  12. Orang lama 'kan muncul kembali. Kirim salam kat RN tu.

    ReplyDelete
  13. Salam bangsaku,
    http://bahterawawasan.blogspot.com/2013/05/pemerhatian-akhir.html?m=1

    ReplyDelete
  14. nampak nye berjaya jugak yahudi mengelirukan umat2 seperti saudara2 sekalian..mana ada kebenaran2 dongeng2 ni semua..Klu sebijak tu la Yahudi dah lama kita kena degan depa..Ini semua hasutan2 yang tak ada asas hanya untuk mengelirukan kita tapi ramai yang percaya dan menjadi taksub dengan propoganda Yahudi paling bijak lah apa la..sudah2 la jadi pengkaji benda mengarut ni...Berpegang kukuh lah pada tali Allah..itu yang sebenar nye..tak ada nye juak2 Yahudi dalam mana parti Baik BN ..PKR..ker apa ker..yang ada hanya orang2 yang gila kuasa...gila dunia ...itu saja...

    ReplyDelete
  15. hadoi..ni penaakulan mantik tingkatan mana la plak ni?..siap main ramal2 lagi..syirik ni...

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete