Perkembangan Terkini 29 April 2014


Perkembangan Terkini

1. Berita yang Astro Awani paparkan mengenai pintu bilik harta Pulau Nangka yang dikatakan telah dibuka itu TIDAK BENAR. Saya dah jawab dalam artikel terbaru saya di dramaraja.blogspot.com. Rujuk artikel bertajuk "Misteri Pulau Nangka: Bahagian Satu". Nah, sekarang terpulang kepada anda mahu mempercayai berita mainstream atau underground seperti yang saya dedahkan....!

2. Berita mengenai Dato Seri Najib menjual emas kepada China yang tersebar baru-baru ini sebenarnya disebarkan oleh individu yang tidak dikenalpasti. Sebahagian drpd artikel itu adalah benar. Namun, ancaman perang antara negara, Malaysia - China - US adalah tidak benar. Rujuk artikel ini.

3. Malaysia TIDAK akan berperang dengan dua negara besar ini. Kalau nak perang pun, kecil je dan ia bersifat dalaman. Masalahnya, orang sebok cerita pasal perang, pernah ke pergi latihan perang??? Kang tiba-tiba insurgensi berlaku, silap haribulan yang sebok nak perang tu yang lari dlu....

4. Lusa (1 Mei 2014) kita akan mendapat jawapan keputusan pencarian di Pulau Nangka. Seandainya permit Syarikat Smart Partnership Int. Sdn. Bhd. ditamatkan kerana mereka gagal mencari pintu masuk ke dalam bilik harta tersebut dan gagal mengambilnya, maka pasti berlaku perebutan kuasa untuk mengambil alih permit seterusnya. Ia bersifat dalaman. Namun, jika tiba-tiba esok (30 April 2014) permit mereka diperpanjangkan, saya pasti ia melibatkan kuasa pihak atasan dan ia bersifat kepentingan peribadi.

5. Lusa juga akan adanya perhimpunan besar-besaran di Dataran Merdeka sempena hari buruh dan membantah GST. Himpunan ini pada saya adalah permulaan drama terhadap perubahan politik dalam negara setelah lama tiada himpunan berskala besar di negara kita.

6. Pada 5 Mei nanti, Sultan Ibrahim, Sultan Johor akan ditabalkan di Istana yang sudah dibaikpulih. Pada pengamatan saya, seorang yang TIDAK ada Daulat, jika mahu ditabalkan sudah pasti penabalannya itu akan gagal dan bersifat 'palsu' sepertimana pertabalan Raja Noor Jan dan lain-lain Raja tidak berdaulat. Kalau diperhatikan, Sultan Johor adalah antara Sultan yang tidak menyarungkan mahkota kesultanan sehingga kini.

7. Semakin hari semakin terserlah, betapa ramainya orang Melayu dalam peringkat atasan yang pecah amanah, yang mengkhianati perjanjian dan juga banyak melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Ia bersifat kepentingan peribadi demi menyelamatkan survival diri masing-masing..... Saya amat kecewa dengan mereka-mereka yang gagal menjaga amanah mereka itu. Semoga mereka kembali ke pangkal jalan. Belum terlambat untuk kembali ke pangkal jalan....

p/s: Esok, stok buku-buku lama akan dibawa masuk ke booth Pustaka Syuhada (L040 - L041) di Ruang Legar Utama, PWTC, sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Jika ada rezeki, kita bisa ketemu disana nanti ! :)

Sekian.

-bradokapak-
Penganalisa Berita Semasa.
Freelance Internet Marketer.

7 comments:

  1. Buatla mcmnapun pakaila teknologi yg canggih pintu gua tak akan trbuka dorg x akan dpt cari lubang pintu gua tu kerna apabila da ada penjaga yg ghaib menjaganya kenalah gunakan cara yg ghaib gak carilah org yg boleh brkomunikasi ngan yg ghaibni itupun nak tgk tingginya ilmu org yg nak brkomunikasi klau setakat ala2 je kirim salamla

    ReplyDelete
  2. Salam tn....dr bacaan di atas...sy nampak mcm tn menyimpan ketidakpuashatian terhadap sesuatu atau seseorang...saya tak tau apa...mungkin tn admin yg blh menjawabnya....Ilmu yg tuan sampaikan berbentuk ilmiah tetapi kekadg seperti memprovokasi sesuatu....sy tau tn lebih mendalami ilmu lebih dari sy tetapi pesan sy...janganlah disibukkan dengan hal dunia...dan janganlah menuding jari menyalahkan org sana org sini....walau mcm mana jahat pun org tu...kita kena ingat mereka sama mcm kita umat Muhammad SAW...Kita pun tak tau satu hari nanti...org yg kita cemuh tu akan membantu kita di akhirat..."....jika kira kenal diri kita....kenal siapa Allah...maka hancurlah kita...."...mungkin tn admin paham apa yg sy maksudkan kerana tn seringkali berkias-kiasan...salam hormat dr pemegang amanah Allah....

    ReplyDelete
  3. brado kapak ni uncle seekers ker?
    tolong jawab....

    ReplyDelete
  4. topik ni topik bahaya,

    silap2 jatuh fitnah ke atas Najib....dan besar padahnya di akhiarat.

    Betul ke tidak - bukan tanggungjawab kita utk buktikan....

    tapi saya boleh beritahu bro/bro serba sikit tentang gold reserve.

    1. Gold reserves / Gold bullions selalunya diletak dalam banks...kalau quantity yg banyak susah nak keluar masuk tanpa bank negara tahu. Banyak negara letak kat New York Federal Reserves.

    2. Bila kerajaan atau sesuatu pihak buat trading against gold reserves - bank kannya angkat gold bullion tu dari Malaysia ke China - mereka guna codes jer sbb tiap2 gold bullion ada codes - codes tu jer yg bertukar tangan...bukan ketul emas tu. So kalaulah Najib songlap duit rakyat dan convert dalam bentuk gold - dia tak akan simpan gold tu kat Msia....gold tu ada kat negara luar - lebih selamat dan lebih tersembunyi....dia cuma perlu transfer the codes of that bullion ke USA...

    3. Gold reserves digunakan utk bank utk peg currency values... bukannya senang2 nak ambil keluar masuk tanpa memberi kesan kepada matawang kita.

    ReplyDelete
  5. Salam..
    En RD.....sy setuju dgn pengetahuan tn...bukan mudah nak transfer gold dr satu tempat ke tempat lain...

    Cuma kekdg ilmu yg sedikit adalah bahaya...

    Tn Bradokapak....sy tgk tn dah buat beberapa kesilapan dlm blog tn seperti Raja Nusantara & Pegawai PERZIM....tn pun dah mengakui sendiri atas kesilapan tersebut. ..cuma sy harap jgn la tn melontarkn ketidakpuashatian tn pd segolongan org yg tn tidak pasti betul atau salah...Seperti melabelkn Sultan Johor dgn bermacam2 andaian yg tn sendiri kurang pasti...kesian dgn org yg tak bersalah...

    ReplyDelete
  6. bk, tolong lah, kalau tak pasti jangan cakap.

    untuk pengetahuan ko, rizab rasmi emas negara adalah seperti yang tercatat pada data Bank Negara Malaysia. rasanya jumlahnya tidak pernah bertambah sejak krisis ekonomi tahun 97-99 dan sejak dari pencairan waktu itu juga tidak pernah berkurang sehinggalah sekarang.

    berapa banyak emas rasmi negara sekarang ini? mengikut data BNM, cuma sekitar 1,140,000 troy ounce atau 35,454,000 gram atau 35,454 kg atau 35.454 tan sahaja. (Sebelum krisis 97-99 jumlahnya sekali ganda) SANGAT SANGAT SEDIKIT jika nak banding dengan Uncle Sam yang ada 8,000 tan emas. Apa signifikannya US nak bergantung pada Malaysia dari segi emas?

    kamu tahu 35 tan emas nilainya berapa? tak sampai USD 2 Billion PUN!!! Sedangkan US 'mencetak' wang baru SETIAP BULAN tak kurang dari USD 45 Billion tanpa perlu apa apa sandaran.

    US tak perlu emas, apa yang mereka perlu ialah kebodohan orang yang mengatakan wang yang wujud pada hari ini perlu diikat dengan emas! Tapi, yang terlebih penting ialah mereka perlukan kejahatan ulama ulama untuk meneruskan survival empayar mereka.

    ReplyDelete
  7. Perbezaan perspektif.

    Rizab emas diiktiraf vs rizab tidak diiktiraf.

    Ada yang menulis tentang rizab emas di bank, yang diumum dan dibaca dalam laporan.
    Ada pula yang menulis tentang rizab emas yang tidak diumum, disembunyi dan dirahsiakan.

    Banyak emas telah digali dan dijumpai, namun khazanah emas yang tersimpan lebih banyak.

    ReplyDelete