Raya...!! Merdeka...!!




(Nah, ambil copy lepastu print. Duit raya daripada kami untuk semua pembaca! :)



Assalamu'alaikum wbt dan Salam Sejahtera untuk semua.

Sebulan sudah kita berpuasa, sebulan sudah kita berlapar dan dahaga. Kini tiba gilirang kita untuk melalui hari-hari penuh bahagia. Sambutan Aidilfitri bersama kaum keluarga, sanak saudara dan rakan-rakan taulan.


Di kesempatan ini, kami dari keluarga besar bk.blogspot dan seluruh warga kerjanya ingin mengucapkan, Minal Aidin wal Faizin, TaqabbalALLAHU Minna wa Minkum. Selamat Berhari Raya kepada semua pembaca setia blog ini serta semua yang pernah melawat blog ini, juga buat seluruh ummat Islam di seluruh dunia. Moga-moga, Syawal tahun ini kita sambut dalam keadaan bahagia dan indah hendaknya! Amiin...


(Salam AidilFitri 1432H buat semua!)


Dalam kesempatan ini juga, kami semua ingin memohon maaf atas segala salah silap kami disepanjang penulisan blog ini. Kalau ada yang terkena batang hidung dengan tulisan kami, kalau ada yang terasa hati dengan tulisan kami, kalau ada yang makan dalam ke, kalau ada yang marah-marah, kami menyusun 10 jari dengan rendah diri kami memohon 1001 kemafaan dari sekalian para pembaca semua. Moga-moga, permohonan maaf kami diterima hendaknya. Dan teruskan membaca disini ya!

(Kepada para pembaca, jemput datang ke rumah kami. Kalau ada yang nak datang blh emel kami utk dapatkan alamat. Nanti jangan lupa bawa kupon diatas ini ya! :)


Sempena Sambutan Merdeka yang jatuh pada hari ke-2 Syawal, maka kami mengambil kesempatan ini untuk menggabungkan ke-2 ucapan dalam satu artikel. Jadi, mari sama-sama kita hisab diri kita semula. Dalam keheningan pagi raya yang telah kita lalui, sejauh mana sebenarnya makna dan erti Hari Raya dalam diri kita.

Adakah Raya tahun ini sama juga seperti tahun-tahun yang lalu? Adakah Raya tahun ini lebih indah dan lebih baik dari raya tahun-tahun yang sudah? Atau Raya tahun ini lebih teruk dan buruk dari tahun lepas bagi kita?

Hisab juga diri kita dalam Ramadhan yang baru lalu. Hebatkah diriku dalam Ramadhan baru-baru ini sehingga aku berhak menyambut hari raya seperti orang yang betul-betul berhak untuk berhari raya?

Kemudian lihat pula diri kita dalam keadaan kemerdekaan. 31 Ogos 2011, setelah hampir 55 tahun negara kita mencapai kemerdekaan, sejauh mana erti kemerdekaan itu kepada kita? Adakah hanya dengan laungan "Merdeka...! Merdeka...! Merdeka...!" sahaja? Atau dengan percikan bunga api KLCC dan Dataran Merdeka?


(Fyi, sambutan merdeka tahun ini dilaksanakan pada tarikh 16 September bagi menghormati kedatangan Syawal. Juga sempena tarikh kemerdekaan penuh Tanah Melayu. Yakni kemerdekaan Sabah dan Sarawak dari tangan SBUB serta keluarga Brooke)


Adakah itu kemerdekaan yang kita harapkan? Bagi kami, itu bukanlah satu kemerdekaan. Namun hanyalah retorik yang sentiasa diulang-ulang saban tahun. Kemerdekaan yang sebenar dan kemerdekaan yang paling besar bagi kita adalah merdeka daripada Azab Api Neraka...!!!

Itu lah kemerdekaan hakiki. Merdeka dari azab kubur, merdeka dari azab neraka dan masuk ke Syurga ALLAH SWT dalam keredhaanNYA. Sejauh mana diri kita telah pergi dalam fasa terakhir Ramadhan baru-baru ini? Adakah telah ada jaminan bebas api neraka untuk kita?

Untuk itu, marilah sama-sama kita kembali kepada fitrah. Dalam keheningan menyambut Syawal, jangan terlalu ghairah untuk berhari raya hingga kita lupa diri. Sambutlah dalam keadaan yang mesra bersama sanak saudara dan teman-teman, sambut dalam kesederhanaan.

Moga-moga Syawal tahun ini dapat kita lalui tanpa sebarang masalah dan dapat kita lalui dengan keadaan yang bahagia dan tenang. Moga-moga, Ramadhan tahun ini telah menjadi satu pemangkin kepada kita untuk mencapat kejayaan dimasa akan datang. Mencapai kemerekaan yang hakiki! InsyaALLAH...

Untuk itu, kami warga kerja bk.blogspot mengucapkan Salam Kemerdekaan 2011 buat semua pembaca yang ada disini dan kepada semua warga Malaysia. Moga-moga kita merdeka daripada azab api neraka dengan Rahman dan RahimNYA. Amiin...


Sekian sahaja,
Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera.







dicatat pada;
12.12 tgh malam, 2 Syawal 1432H bersamaan 31 Ogos 2011.

5 comments:

  1. saya suka blog kamu....al.fatihah2@facebook.com

    ReplyDelete
  2. singgah di blog ni hati tenang lain macam ......

    ReplyDelete
  3. Kawan rasa macam tak sedap pulak bila tengok not RM100 tu awak tukar muka YDPA kepada Mr Bean. Apa mesejnya ye? Adakah nak menyamakan YDPA dengan Mr Bean? Atau dah takde keje lain maka buat ajela perkara lagho tu saje2?

    ReplyDelete
  4. Salam semua...

    Kpd anon September 4, 2011 1:46 AM ,

    Mohon maaf andai gambar diatas menyinggung perasaan sdr. Gambar tsbt kami ambil dari seorang sahabat, dia yang beri. Dan tak ada niat dari kami utk buat kerja lagho tu saja2... sekadar hendak menghiburkan hati teman2 pembaca budiman...

    Mohon maaf sekali lagi.

    Kpd yang lain, teruskan membaca disini... :)


    Sekian.
    Salam untuk semua...

    ReplyDelete
  5. salam tuan brado...dah delete account fb ke? dr hailmy ghazali....aiseh sygnya....

    ReplyDelete