Bencana Alam Dan Fenomena Langit Yang Berterusan

(Foto kredit kepada Tuan Alfi Shahrin)


Bismillahirrahmanirrahim.

Di kala bulan yang menyinari,
Lepasi malam hari ku
;
Sendirianku tanpa cinta mu...


Salam Sejahtera untuk semua, bertemu kembali. Pada artikel yang lalu kita telah sama-sama melihat sejauh mana kebenaran mengenai '44 Hari Sebelum Datangnya Bencana?' selepas berlakunya satu peristiwa yang dianggap agak aneh bagi sesetengah orang yang jarang melihat peristiwa yang digelar 'Moon Halo'. Para pembaca, sudah pasti telah dapat mengagak sejauh mana kebenarannya, bukan?

Benar atau tidak, terpulang kepada individu yang menilai. Mungkin sesetengah orang akan percaya, dan sesetengah orang lagi akan menganggapnya karut semata-mata. Tetapi, bagi orang tua-tua kami, termasuk guru kami, mereka menganggap peristiwa Moon Halo atau 'Lunar Halo' itu sebagai satu batu aras bahawa 44 hari dari tarikh berlakunya peristiwa itu, akan berlaku satu peristiwa besar.

Kata seorang guru kami; "
Kalau dongeng org tua2 dulu mmg gitu lah Tuan, nak jadi bencana @ peperangan/ pergaduhan besar. Kata guru hamba la kalau panjang umur kita akan terjadi 2 perkara bencana besar ini. Wallahualam."

Itu saya petik kata-kata dari guru saya yang sekarang ini agak sibuk dengan tugasannya. Agak lama juga saya tak ketemu dengannya. Cuma baru siang tadi ketemu dengannya di alam maya ini, kebetulan pula bercerita tentang peristiwa Moon Halo lalu beliau memberikan komen sebegitu.

Nah, kepercayaan kita sekarang mungkin berbelah bahagi. Mungkin ada yang tertanyat-tanya, "kalau benar ada bencana yang hendak berlaku, mana buktinya? tak ada pun bencana yang berlaku?" Dengan mudah saya jawab, kita tunggulah 38 hari lagi dari sekarang, betul atau tidak dongengan tersebut? (38 hari dikira dari hari ini, 14/10/2011 daripada tarikh Moon Halo iaitu pada 9/10/2011)


(Lunar Halo atau Sun Halo yang turut dilaporkan berlaku pada pagi 10 Oktober 2011, namun peristiwa ini hanya berlaku sebentar sahaja. Kredit kepada Langkawi National Observatory Station)

Berbalik kepada tajuk seperti yang tertera di atas sana, tujuan artikel kali ini ditulis bukan hendak bercerita tentang Moon Halo lagi, tetapi tentang bencana yang berlaku di negara jiran kita dan peristiwa-peristiwa langit yang tidak henti-henti berlaku. Sejauh mana ia mempunyai kaitan? Adakah ia hanyalah semata-mata kebetulan atau ada petanda dari Illahi yang hendak disampaikan kepada kita agar kita berfikir? Mari kita lihat kebenarannya...

Pertama, pada tarikh 10 Oktober yang lalu (siang hari peristiwa Moon Halo), desas-desus mengatakan 44 hari kemudian akan berlaku bencana telah tersebar dengan pantas. Sepantas itu juga ada yang mengaitkan bencana di Thailand itulah sebenarnya bencana yang berlaku, berdasarkan kaitannya dengan peristiwa Moon Halo tersebut dan kronologi tsunami Aceh yang digunapakai (Mungkin sebahagian pembaca kurang jelas, jadi sila baca dahulu artikel ini).


(Foto BERNAMA)

Sekarang mari kita lihat. Banjir di Thailand telah dilaporkan berlaku seawal 29 September 2011 (mungkin lebih awal, cuma berita tidak sampai ke negara kita) dang ketika itu telah menenggelamkan hampir 23 buah wilayah dalam negara Thailand dan menjejaskan hampir 1.89 juta rakyatnya. Ketika itu hampir 188 orang telah dilaporkan mati dan berpuluh-puluh lagi hilang. Wilayah Barat dan Timur Laut telah terjejas teruk, serta aktiviti-aktiviti pertanian dan perdagangan juga terjejas teruk. (Sumber BERNAMA)

Manakala peristiwa Moon Halo baru berlaku pada 9 Oktober 2011, lewat sekitar 10 hari daripada tarikh banjir di Thailand.


(Imej Lunar Halo ini dirakam oleh Ustaz Azhar Idrus)

Namun begitu, banjir di Thailand dilaporkan semakin teruk pada 10 Oktober dan telah menjejaskan lebih 30 wilayah di negara itu. Lebih kurang 2.34 juta penduduknya telah terjejas akibat banjir paling teruk yang pernah berlaku di Thailand. Setakat ini, lebih 244 orang telah dilaporkan mati dan berpuluh-puluh lagi hilang. Juga dilaporkan sumber makanan asas iaitu beras dan gula telah terjejas. Dilaporkan di Indonesia, harga gula telah meningkat sebanyak 33 sen Dollar. Moga-moga harga gula dan beras di negara kita tidak naik, dan sumber sentiasa mencukupi. (Sumber berita BERNAMA)

Persoalannya, adakah peristiwa langit yang berlaku pada 9 Oktober itu adalah petanda banjir di negara jiran kita akan lebih parah lagi? Atau ada peristiwa lain yang bakal berlaku?

Sering juga minda saya berfikir sendirian, mengapa kalau negara jiran ditimpa bencana, yang kena mesti Thailand, Indonesia dan Philipina sahaja. Kenapa tidak Singapura? Bahkan, negara ini lebih kecil berbanding 3 lagi negara jiran kita itu. Satu persoalan lagi timbul. Adakah ALLAH SWT ingin menunjukkan sesuatu kelak, hasil dari bencana-bencana yang berlaku di negara jiran kita?

Alhamdulillah syukur dipanjatkan ke Hadrat Ilahi kerana dengan limpah KurniaNYA negara kita setakat ini masih selamat daripada bala bencana. Moga-moga kita dijauhkan dari apa jua bencana hendakNYA. Amiin...


Kita tinggalkan peristiwa banjir di Thailand tersebut, semoga mereka dapat mencari jalan keluar dari bencana tersebut. Semoga saudara seIslam kita di sana selamat hendaknya.


(Kedudukan planet dalam sistem solar)

Sekarang kita berbalik ke topik kedua kita, peristiwa dan fenomena langit yang berterusan berlaku ini. Baru-baru ini Moon Halo dilihat agak menggemparkan negara kita. Malam kelmarin (13 Oktober 2011), telah berlaku satu lagi peristiwa iaitu kedudukan Bulan dan Planet Musytari yang selari serta dekat, yang mana peristiwa ini dapat dilihat dengan jelas di langit di seluruh negara pada 13 Oktober lalu.

Bagi sesiapa yang berkesempatan melihat peristiwa ini, Syukur Alhamdulillah hendaknya kita ucapkan ke Hadrat Ilahi kerana dengan limpah KurniaNYA memberi kita kesempatan melihat satu lagi keAgungan dan keKuasaanNYA.

Sedikit info tentang peristiwa tersebut...


(Foto kredit kepada Falak Online)

Kalau kita lihat gambar diatas, kelihatan satu titik kecil di bahagian bawah bulan sebelah kanan. Itulah Planet Musytari atau istilah saintifiknya, Jupiter. Kedudukan bulan pada malam tersebut (13 Oktober 2011) berada pada kedudukan 'Apogee'.

Apa itu Apogee? Apogee adalah kedudukan bulan dengan jarak yang paling jauh dari bumi ketika mengelilingi bumi. Kira malam tersebut, bulan sangat jauh dari bumi. Sumber

Seterusnya, kedudukan Planet Jupiter yang berada dekat dengan bulan itu pula digelar 'Perihelion Jupiter With Moon' yang bererti Perihelion Planet Jupiter dengan Bulan. Apa itu Perihelion? Perhelion adalah istilah astronomi yang merujuk kepada kedudukan paling hampir sesuatu planet dengan Matahari atau Bulan. Dalam peristiwa ini, Planet Jupiter berada paling hampir dengan bulan dan ia berada dalam kedudukan Perihelion.

Peristiwa ini jarang-jarang berlaku. Kali terakhir ia dilihat Perihelion dengan Bulan adalah pada 10 September 2010 dan diramalkan ia akan berlaku sekali lagi pada 26 September 2022. Tetapi peristiwa ini telah berlaku secara tidak diramal pada malam 13 Oktober 2011. Sumber tentang Perihelion Jupiter. Bacaan Tambahan: Klik Sini

Jadi, satu persoalan lagi timbul, apakah sebenarnya yang hendak berlaku? Bagaimana peristiwa Perihelion Jupiter ini berlaku diluar ruang lingkup sepatutnya ia berlaku? Yang pasti disitu terlihat kebesaran dan keKuasaan ALLAH SWT yang berHAQ menghendaki apa sahaja untuk berlaku. Jika ALLAH SWT berkehendak, maka pasti ia berlaku walaupun ia diluar ramalan manusia dan diluar perkiraan ilmu falak manusia.

Maha Suci ALLAH SWT yang menjadikan peristiwa-peristiwa langit sebagai petunjuk kepada manusia yang mahu berfikir. Alhamdulillah 'Ala Kulli Haal Wa Nikmah, ALLAHUAkbar!

Setakat ini sahaja dahulu catatan saya, sejauh mana kebenaran semua catatan saya ini, para pembaca masing-masing mempunyai pandangan. Jadi, sama-sama kita nantikan kebenarannya. Sekian sahaja dahulu, semoga kita bertemu kembali.

WAllahuA'lam.
Sekian, Wassalam.



Lagi gambar Perihelion Jupiter With Apogee Moon...

(Foto kredit kepada Falak Online)

(Foto diatas kredit kepada Tn Ahmad Khairul)

(Foto diatas kredit kepada Tn Ahmad Putra. Kelihatan corak awan seakan-akan kepala naga yang melingkari bulan dan kelihatan Jupiter berada dihujung kanan)

(Foto diatas kredit kepada Ku Shahril)


Lagi gambar banjir di Thailand. Semua gambar berikut kredit kepada BERNAMA...


(Imej sebuah Masjid yang terselamat dari kemusnahan banjir di wilayah barat, berhampiran Sungai Menam Chao Phraya)




Terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau tak langsung, terutama kepada;
1) Falak Online
2) Tuan Ahmad Putra
3) Tuan Ku Shahril
4) Tuan Ahmad Khairul
5) Langkawi National Observatory Station
6) Tuan AlfiShahrin
7) Berita BERNAMA
8) NASA
9) Dan semua yang terlibat langsung atau tidak langsung.


Dicatat oleh 'bradokapak'
23:17, 14/10/2011

6 comments:

  1. salam

    org gombak :)

    pada pagi subuh 13 tu bulan cantik sgt dan memang ade cahaya kecik, sy ingat stelit.. rupenya planet jupiter :)

    bile tgk mase tu mcm nak terbang ke sana pulak

    dalam teori RAHMAN, Najib lah org terakhir namun setelah suatu tempoh dlm 2014 inysaallah sistem islam diperkenalkan, digunapakai semula

    tapi bukan bulan yg perintah ;)

    utk waktu ini kite bacalah klue klue dari langit

    ReplyDelete
  2. Salam saudara OG ... Saya amat tertarik dengan apa yang saudara paparkan dan ia memberi imput tambahan yang amat berguna. Apa yang kita sedia maklum, setiap kejadian adalah tanda dan alamat kepada peristiwa berikutnya, namun tidak disangka ada perkiraan atau kaedah tertentu yang diguna pakai. Tidak sesia setiap kejadian dan semuanya untuk manusia. Klue yang baik untuk iktibar sesama mukmin. Allah Maha Bijaksana. Harap dapat saudara linkkan ke Blog saya, terima kasih. Tuan Bradokapak adalah Orang Gombak bukan?

    ReplyDelete
  3. aa..tp kt tmpat aku nmpk 2 bintang selain bulan tu..bintang2 yg lain tak nmpk.1 bintang tu cerah 1 lagi besa ja dan kecik..sbb mybe yg tu lg jauh.bila tgk macam tu aku teringt artikel yg pnah aku baca tntang 2 bintang tu planet musytari ngn zuhal kot..yg nmpk cerah tu musytari..yg jauh tu zuhal..langit memang lawa sgt semalam dengan bulan pnoh..

    lagi satu pasai bencana tu pak belalang dok ramal musim tengkujuh ujung thn ni agak lluar biasa..bhgian tmur dan utara semenanjung telah diberi amaran banjir.bhgian timur tu dari trngganu smpai la johor timur
    ..dia kata banjir kali ni bkn main2...1 malaysia akan kna tempiasnya..

    tiba la masanya msia akan terima kejutan setelah terlena dari bencana agak sekian lama selepas tsunami membadai acheh hinggalah bencana itu dipukul ke 1 dunia dan kini kembali kepada thailand yg berada di atas kita..amerika juga tak terlepas dr banjir dan gempa bumi..jepun,chistchurch,iceland,cina,pakistan,india,mexico..boleh dikatakan kebanyakan tempat di dunia ini telah dilanda dengan bencana2 alam yg dasyat.xter ramal oleh manusia.akan tetapi bencana yg melanda dunia arab agak berbeza berbanding tempat lain..xdak gunung berapi yg meletop,xdak bumi merekah di tanah mereka dan xdak pulak hujan dan tofan membadai mereka akan tetapi saban hari manusia bergelimpangan mati atas jalan bkn dgn angka yg sedikit malah mencecah ribuan jutaan orang yg mati akibat dari kebodohan mereka seniri..

    ingat lah kita rakyat msia..apa saja boleh datang pada kita dengan ketentuan allah..sama2 kita bertaubat padaNYA..semoga kita diampunkan olehNYA dan dilimpahkan rahmatNYA pada kita..amin..

    ReplyDelete
  4. Salam kepada semua pembaca,

    Kpd OrgOrg,

    Terima kasih atas komentar yang diberi. Mohon maaf, saya tak pandai bab teori RAHMAN ni. Dan jangkaan tentang kerajaan Islam pada 2014 tu lagi lah saya tak tahu. Cuma yang saya tahu, InsyaALLAH kelak akan kembali Islam atas jalan kekhalifahan.

    Khalifah yang dipimpin oleh kalangan Ahli Bait Rasulullah SAW. InsyaALLAH....


    Kpd Aliffmy;

    Salam saudara, terima kasih atas komentar yang diberi. Saudara linkkan lah ke blog saya. Saya tak pandai nak buat link mcm yg saudara beritahu tu, blh ajarkan sdkt cara2nya? Nnt sy cuba buat.

    Btw, sy dan Orang Gombak orang yg berlainan. Orang Gombak sahabat saya, warga kerja di blog ini juga. Cuma beliau dah lama juga tak menulis, atas kesuntukan masa.


    Terima kasih semua.
    Wassalam.

    ReplyDelete
  5. mlm kelmarin aku bermimpi mayat2 bergelimpangan di atas bumi..memang menakutkan....

    ReplyDelete
  6. Salam semua,

    Kpd Anon 15 Oktober,

    Maaf kerana kami tidak sempat membalas komen yg anda beri. Utk pengetahuan, 2 bintang yg saudara dakwa tsbt sebenarnya adalah bintang Aries yg mana bujur Aries tu samar2 kelihatan, hanya kelihatan sedikit jelas di beberapa tempat sahaja.

    Sebenarnya malam 13 Oktober tersebut, selain planet Jupiter yg Perihelion dgn Bulan, malam tsbt tdpt 3 lagi bintang yg membentuk aries yang tidak berapa jelas kelihatan. Saya tak dpt nak sebutkan dalam artikel ini mengenai bintang tsbt kerana gambarnya tak dapat di rakamkan. Mohon maaf ya.

    Tentang teori bencana yg saudara kemukakan tu, sy tak ada apa2 yg hendak di komen kan. :)


    Kpd Anon 17 Oktober,

    Bab mimpi ni mohon maaf lah, kami tak tahu nak komen apa.


    Kepada semua, terima kasih kerana sudi membaca disini. Semoga segala perkongsian kami bermanfaat utk semua. :)


    Sekian.
    Wassalam.

    ReplyDelete