Warkah Rahsia Wasiat Terakhir Buat Anak Melayu


Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera.

Segala Puja dan Puji hanya untukMU Ya ALLAH, Tuhan Sekalian Alam. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Baginda Rasulullah SAW serta seluruh Ahlil Baitnya, juga buat para Sahabatnya dan seluruh pewarisnya. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah KurniaNYA dapat kita bertemu lagi di alam maya ini setelah lebih 2 minggu saya tidak menulis apa-apa disini.

Pertama-tamanya mohon maaf kerana tiada apa yang saya tuliskan selama 2 minggu kebelakangan ini oleh kerana masalah gangguan internet yang saya hadapi. Sudah 3 minggu lebih internet P1wimax ni buat hal. Yuran bulanan dah dibayar, tapi masih perlahan tak seperti sediakala. Apapun, saya gagahkan juga diri ini hendak menulis disini walaupun terpaksa menunggu agak lama hanya untuk membuka lampiran baru bagi menulis artikel ini.


Tujuan saya menulis artikel kali ini sebenarnya adalah hendak berkongsikan dengan para pembaca budiman sekalian berkenaan satu surat wasiat dan warkah terakhir dari seorang Tetua (Atok) yang sempat saya baca hari ini. Wasiat ini khususiahnya ditujukan kepada sekalian cucu yang berketurunan Melayu-Islam, termasuklah diri saya ini.

Kalau para pembaca hendak tahu, saya merupakan seorang peminat filem-filem kung fu Cina. Saya kenal betul dengan nama-nama hebat pahlawan mereka seperti Huang Fei Hung, Fong Sai Yuk, Huo Yuan Jia, 13 Harimau Guangdong dan banyak lagi! Saya suka mereka mungkin kerana kehebatan mereka yang boleh terbang-terbang dan jalan di atas air. Tapi, sejak akhir-akhir ini saya sering terfikir, kenapa saya lebih kenal nama-nama hero mereka sedangkan hero-hero berbangsa saya sendiri tak banyak yang saya ketahui. Tak wujudkah nama-nama hebat seperti Hang Tuah 5 bersaudara, Aduka Taruna 7 bersaudara, Panglima Bentara Setia, Sangtawal Sakranta dan lain-lain?

Jadi dek kerana fikiran ini sering mengganggu, saya terasa terpanggil hendak mencatatkan pesanan Atok disini. Tanpa melengahkan masa, ayuh sama-sama kita hayati warkah terakhir wasiat dari Atok ini...

Assalamualaikum cucu-cucu atok sekalian...

Begitu ramai sekali cucu-cucu atok yang berkelana sehingga ke sini, Alhamdulillah moga diberkati akan segala usaha cucu itu.. Orang muda seperti cucu jangan gentar dalam mencari ilmu, tuntutlah ia hatta sehingga liang lahad sekalipun...



Panjang pula atok berceloteh....aaahh, mungkin kerna sudah sekian lama atok bersembunyi.. Mungkin jua kerna kerinduan untuk atok menyampaikan warkah ini kepada cucu sekalian.. Siapa atok? aaahhh...cuma seorang tua yang merindukan cucunya, mahu menyampaikan sesuatu sebagai peringatan... Maklumlah, orang lama itu umpama kelapa tua, makin tua makin banyak santannya.. =)



Cucu....

Mahukah cucu mendengar atok berceloteh..

Mungkin saja orang seperti atok ini digelar gila, nyanyuk, kolot dan macam-macam lagi gerangannya..

Kalau cucu mahu teruskan mendengar, silakan cu..duduklah bersila di atas tikar mengkuang itu..pasangkan pelita hatimu, seterang pelita di tiang pondok usang atok ini..

Pasang telinga betul-betul cu..tok mahu ceritakan sesuatu kepada cucu...



Cucu...

Sebelum itu...

Setelah cucu mendengar cerita atok ini, cu perlu berjanji kepada atok..

Cu perlu berjanji yang cucu mesti MERAHSIAKAN SIAPAKAH DIRI ATOK...

Mampukah cu BERJANJI..?

Mampu....?

Bagus cu..pegang janji itu seeratnya, atok mahu mulakan cerita...

Tolong ambil tepak sireh di tepi talam itu, sambil bercerita kan enak sambil mengunyah sireh... =)



Cucu...

Atok mahu menceritakan kembali sejarah yang telah berlaku...

Ya cu... MELAKA...! TUAH...! Nama yang cukup menyentuh benak hati atok sekian lamanya...

Biarlah.. hari ini biarlah atok bercerita lembaran yang sebenar kepada cucu..

Supaya kelak cucu mampu jadikan ia sebagai tauladan, dan jangan cucu ulang ia sebagai satu kealpaan..



Cucu ku sekalian...

Melaka sejak dahulu kala cukup terkenal sebagai sebuah kuasa besar perdagangan di Selat Melaka. Betapa ketika itu banyaknya bahtera-bahtera yang datang berdagang, sejauh mata yang memandang..

Yang bermata sepet, yang berkulit putih, yang berkulit hitam hatta apa warna sekalipun pantas saja datang ke Melaka untuk melihat keagungan sebuah kerajaan Melayu.. Sebut saja nama Melaka, di serata pelusuk utara selatan timur dan barat pasti mengenalinya.. Ada yang datang berdagang rempah, ada yang datang berdagang permata dan ada pula yang datang berdagang nasib menyabung hidup menumpang keagungan sebuah kerajaan..



Aaahh...kalau atok mahu bercerita keagungan Melaka, pasti 1001 lembaran kertas pun belum habis atuk mengarang.. pasti 1001 malam pun belum tentu atok habis bercerita... =)



Tuangkan kopi pekat itu cu... Atok mahu menyambung warkah ini..



Maka syahadan tersebut ketika itulah masyhurnya Melaka dengan seorang LAKSAMANA bernama HANG TUAH..

TUAH..

JEBAT..KASTURI..LEKIR..LEKIU..



Itulah nama yang masyhur ke serata alam, menjadi sebutan segala isi alam yang bertandang ke Melaka..

Dipendekkan cerita dan dengan takdir yang Maha Esa, tiadalah kekal lama Empayar Melaka..

Setelah feringgi (Portugis) datang dengan bala tenteranya, maka punahlah empayar yang teragung itu..

Yang tinggal hanyalah sisa-sisa dari keagungannya, yang tinggal hanyalah secebis sejarah untuk atok kalamkan kepada cucu sekalian...



Satu persoalan yang seringkali generasi cucu lontarkan..dan kadangkala menjadi bahan ketawa generasi terkemudian..

Kata mereka..



"PORTUGIS DATANG DENGAN MERIAM DAN SENAPANG, ORANG MELAKA BERJUANG DENGAN KERIS DAN PEDANG..

BODOH BETUL, MACAM MANA MAU MENANG KALAU BERPERANG..?"



Cucu...

Tersentak sanubari dan jiwa atok mendengarnya..

Betapa dengan mudah generasi-generasi terkemudian mengatakan BODOH kepada hulubalang-hulubalang Melaka yang berjuang bermati-matian mempertahankan Empayar Melaka ketika itu...



Cucu....

Biar saja atok ceritakan perkara yang sebenar kepada cucu..

Dengar dengan sebaiknya cu kalam atok ini...



"MELAKA TIDAK TEWAS KERANA SENJATA, MELAKA TEWAS KERANA PENGKHIANATAN BANGSA SENDIRI YANG KHIANAT DAN BERSENGKETA"



Kalau cucu mahu tahu, angkatan perang Melaka tiada tolok bandingnya andai mahu dibandingtara dengan angkatan Portugis itu. Kapal-kapal perang Alfonso itu hanya sekecil anak kalau mahu dibandingkan dengan bahtera-bahtera perang milik Angkatan Laut Melaka... Meriam-meriam Portugis itu hanya sebesar kelingking andai mahu dibandingkan dengan Meriam-meriam yang mengelilingi kubu di Kota Melaka.. Itu belum lagi andai mahu diceritakan betapa hebatnya pahlawan-pahlawan Melaka yang sering saja didendangkan dengan Hikayat Amir Hamzah sebelum turun berperang, apalah sangat mahu dibandingkan dengan soldadu-soldadu Portugis itu....



Namun akibat pengkhianatan beberapa orang Melaka sendiri...

Maka akhirnya Melaka jatuh ke tangan Portugis..



Siapa yang naik ke kapal Alfonso, dan kemudian menceritakan segala strategi dan kekuatan Melaka...?

Siapa yang naik ke kapal Alfonso, dan kemudian menyerahkan peta kedudukan meriam-meriam strategik Melaka..?

Siapa yang naik ke kapal Alfonso, dan kemudian membuka rahsia kelemahan kota Melaka..?

Siapa yang naik ke kapal Alfonso, dan kemudian menyerahkan kunci pintu khazanah perpustakaan diraja Melaka..?



Ya cucu sekalian.. Ia angkara pengkhianatan bangsa sendiri...

Ya cucu sekalian.. orang Melayu Melaka sendiri yang menjadi pengkhianat dan menceritakan segala kekuatan dan kelemahan Melaka kepada penjajah..



Pengkhianatan...!!!

Pengkhianatan...!!!

Pengkhianatan...!!!



Itulah yang menyebabkan Melaka akhirnya jatuh ke tangan Portugis..

Bergilir ganti ke tangan Belanda...

Berpasung pula ke tangan Inggeris..

500 tahun lamanya cu.. Melaka dijajah dan musnah akibat pengkhianatan dari bangsa sendiri..!!!



Tuangkan kopi cu..tekak atok sudah dahaga.. =)



Cu...itulah akibatnya apabila sesama bangsa kita bersengketa, empayar yang kuat pun hancur dan binasa..

Apa yang tinggal hanyalah debu-debu sebuah cerita, sekadar menjadi peneman hikayat tidur malam anak-anak bangsa..

Atok bukan sekadar mahu berceloteh sahaja, mahu atok sampaikan kepada cucu sekalian bahawa usahlah kita bersengketa.. Kerna sesungguhnya Melayu itu hidupnya bersatu dan bersaudara, andai bersengketa maka rosak dan binasa.. Belajarlah dari Melaka cu, usahlah cu ulangi kesilapan itu lagi... Janganlah jadi petualang kepada bangsa dan agama sendiri, Tanah Melayu ini warisan nenek moyang kita, di tangan cucu lah ia kan kela terpelihara..



Aaahh...satu lagi yang menjadi persoalan cucu semua sekian lama...



" Ke mana hilangnya TUAH ketika itu...? "



Tuah tidak ke mana-mana cu... Tuah bukanlah pengecut dan dayus untuk lari meninggalkan Melaka dalam keadaan rosak dan binasa. Pantang sekali pendekar berundur sebelum bertempur, inikan pula Laksamana Tuah yang termasyhur..



Namun Tuah bersedih melihat pengkhianatan bangsanya sendiri... Tuah membawa diri dan hilang entah ke mana setelah jiwanya tersiksa akibat membunuh saudara sendiri... Demi taat dan setia kepada Sultan Melaka, adinda Jebat menjadi taruhannya.. Derhaka kepada Sultan bukan langkahannya, kerna pantang anak Melayu untuk derhaka pada sultannya.. Itulah prinsip dan pegangan Tuah, lantas Tuah pergi membawa diri.. Meninggalkan segala kekalutan dan kehancuran duniawi, meneruskan hidupnya secara tersendiri.. Mengenal diri dan mencari rabbi.. =)



Cucu sekalian...

Sejak kebelakangan purnama ini, ada seorang ilmuan yang kononnya masyhur serata alam dengan ijazah dan gelarannya mahu mempertikaikan wujudnya Tuah..

Aaahh... Setelah beratus tahun lamanya, tiba-tiba sahaja muncul seorang manusia sepertinya..

Atok tidak pandai dalam berbahas fakta, namun sebenarnya ia hanyalah mahu meracun jiwa dan kekuatan

anak-anak Melayu seperti cucu...

Apakah cucu sudah lupa, "kalau mahu memusnahkan sebuah ketamadunan bangsa, tidak perlu bunuh orangnya namun bunuhlah sejarahnya sehingga mereka tidak kenal asal usulnya"



Cucu sudah nampak apa yang ingin atok sampaikan..? Mereka gentar dengan kewujudan Tuah, kerna mereka sedar bahawa anak-anak Melayu begitu bangga akan Hang Tuah hingga terbawa-bawa semangat Tuah di dalam diri..



Taat Setia kepada Sultan laksana HANG TUAH..

Berpencak dan bersilat laksana HANG TUAH..

Gagah dan berani laksana HANG TUAH..

Bijaksana dalam bermadah laksana HANG TUAH..

Ini anak Melayu keturunan HANG TUAH..

Tidak gentar dan gusar walau apa yang mendatang..

SEMANGAT TUAH kekal dalam diri anak-anak Melayu..



Nah...kalau-kalau Tuah tidak wujud bak kata ilmuan bermata sepet itu, pastinya madah dan kalam di atas jadinya...



Taat Setia kepada Sultan laksana ____________ ?

Berpencak dan bersilat laksana _____________ ?

Gagah dan berani laksana ____________ ?

Bijaksana dalam bermadah laksana ____________ ?

Ini anak Melayu keturunan _____________ ?

Tidak gentar dan gusar walau apa yang mendatang

SEMANGAT ____________ kekal dalam diri anak-anak Melayu..



Kosong...kosong....dan kosong...!

Tiada apa lagi yang mahu dibanggakan..Tiada apa lagi yang mahu dimadahkan..

Melayu hilang alter dan tokoh kebanggaan mereka..

Melayu hilang pendekar dan laksamana teragung mereka..

Melayu hilang identitinya...



Ya... SEJARAH MELAYU DIBUNUH... JIWA MELAYU DIBUNUH.. TIADA APA LAGI MAHU DIAGUNGKAN..!



Mungkin selepas ini, tidur malam anak Melayu tidak lagi didodoi dengan hikayat keagungan bangsanya..

Mungkin selepas ini, anak Melayu lebih kenal FONG SAI YUK..

anak Melayu lebih kenal IP MAN..

anak Melayu lebih kenal FIVE SHAOLIN ELDERS..

anak Melayu lebih kenal WONG FEI HONG..

anak Melayu hanya kenal sejarah dan kegemilangan bangsa lain..

Tiada apa nak dibanggakan dengan bangsanya..

anak Melayu malu jadi Melayu..

anak Melayu hanya tinggal nama...

Melayu terus layu...



Cucu ku sekalian..

Warkah ini tok sampaikan kepada cucu...

Ingatkah cucu yang TUAH telah menyampaikan satu KALIMAT KERAMAT untuk tatapan dan pegangan cucu...?

Mungkin cu sudah terlupa, tidak mengapa cu.. akhirul kalam nanti atok nukilkan padamu cu..!



Cucu ku sekalian...

Tanah Melayu ini pusaka tinggalan warisan nenek moyang kita..

Usahlah lagi bersengketa..

Dari runtuhan kota Melaka, cucu dirikanlah kebangkitan anak bangsa..

Ini tanah yang menyimpan seribu satu rahsia kebangkitan..

Ini tanah yang menyimpan seribu satu khazanah akhirul zaman..

Jagalah ia sebaik mungkin cu..

Nenek Moyang kita bergolok gadai mempertahankannya..

Maka kini cucu lah pewaris nya...

Kalau umur atok tidak lagi panjang, sekurangnya atok tahu bahawa cucu-cucu atok telah belajar sesuatu hari ini..

Jadikanlah warkah atok ini sebagai satu pesanan sepanjang kehidupan cucu..

Andai atok pergi sebentar lagi, anggaplah ini wasiat terakhir atok kepada cucu sekalian..



TANAH MELAYU INI KITA YANG PUNYA, PERTAHANKAN IA HATTA DENGAN DARAH DAN NYAWA..

USAH LAGI BERSENGKETA, BANGKITLAH DEMI KEBANGKITAN YANG TERAKHIR KALINYA..

MELAYU DAN ISLAM BERPISAH TIADA..

KEPADA ALLAH KITA BERSERAH, SEMOGA MELAYU DAN ISLAM KEKAL HINGGA KE AKHIRNYA..



Aaaahhhh... Atok sudah berbicara panjang.. Tuangkan kopi itu cu, tok mahu habiskan cerita..



Atok sudah sekian lama memendam rasa, melihat kejatuhan dan kemusnahan bangsa dan agama Atok sendiri..

Atok sudah lama bersembunyi dan membawa diri, entahlah berapa lamanya Atok menyepikan diri dan kini Atok kembali demi amanat terakhir Atok kepada cucu sekalian kalinya ini.. Kepada cucu yang Atok sayangi, kepada cucu yang menjadi pewaris terakhir tanah Atok ini...



Cucu ku sekalian...

Dulu pernah atok berpesan kepada cucu..

500 tahun lamanya dahulu..

Masihkah cu ingat...?

" TA'KAN MELAYU HILANG DI DUNIA "

Ya..itulah pesan dan kalimat keramat dari atok kepada cucu sekalian..

Hayatilah cu, apa yang tersirat di sebaliknya...



Aaahh..cucu bertanya siapa sebenarnya Atok yang menulis kalam dan bercerita ini..?

Sekian lama Atok bersembunyi, mungkinkah kini Atok terlalu rindu untuk bertemu cucu sendiri..?

Siapa lagi mampu melakar kisah sebegini, bercerita mengenai Melaka dan Tuah kalau bukan Tuah itu sendiri..?



Siapa sebenarnya Atok ini...?



SSSssSsHHhhhhhh.......! CUCU TELAH BERJANJI BUKAN...? =)

Alhamdulillah, selesai sudah warkah terakhir atok yang dapat saya paparkan disini. Adapun warkah diatas ini saya salin bulat-bulat dari warkah asal tanpa melakukan apa-apa perubahan padanya. Semoga kita sekalian warga Melayu dapat menghayati warkah yang tak seberapa ini sebagai sebuah wasiat yang amat berguna untuk kehidupan kita, masa depan kita juga demi agama, bangsa dan tanah air kita.

InsyaALLAH, Islam kan kembali gemilang di bumi berTUAH ini! Takkan Melayu Hilang di Donia!


Setakat itu sahaja dahulu catatan saya kali ini, sekian terima kasih. Salam Hormat!

(Kehidupan ini sebenarnya terlalu suram jika hendak dibayang-bayangkan)





Catatan 'bradokapak'
Sabtu 24 Mac 2012, 3:08 petang.

30 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Walaupun Aku Org Melayu Sarawak, Namun Ibubapa ku sering mengatakan kita berasal dari Tanah Melayu yang musnah akibat bangsanya sendiri.

    Jika Org Melayu Kalah Di Tanah Melayu, akan ku kerah keringatku demi anak2 melayu di sarawak lebih2 lagi di Brunei Kelak.

    Aku tidak teragak untuk menyatukan bangsaku.
    Walaupun org Melayu dari semenanjung memandang hina kami kerana kami ini miskin. Kerana kami ini didodoikan bangsa melanau(Taib Mahmud)). Namun kalian sendiri patut tahu mengapa org Melayu di Sarawak tidak pernah menjadi pemimpin di tanah borneo. Kerana ada rahsia tersembunyi.

    Kami Org Melayu Sarawak Amat terkilan dgn sifat org Melayu khususnya dari semenanjung. Mereka mengatakan kami ini miskin padahal kita serumpun lebih2 lagi sesama Melayu. Namun tidak apa kerana org Melayu semenjung mungkin sebahagiannya telah dapat didakyah dgn teknologi dajjal.

    Maka apabila org Melayu semenanjung telah dikalahkan, maka kami larikan diri di tanah borneo ini. tanah seribu bangsa nusantara. Tujuannya untuk menyatukan semua bangsa melayu dari pelbagai etnik.

    Dan ingatlah ketika Perang Kastila, Brunei Vs Sepanyol, Kamilah Org Melayu Sarawak/Brunei ketika itu, berlawan bagai mengamuk menebas,menembak,meyembelih para musuh sepayol dek kerana Sepanyol ingin Memberi kami seorg paderi di tanah borneo. Setelah kami berjaya mengalahkan mereka sehingga mereka lari dari tanah sabah, maka mereka(sepanyol) sengaja memberi kekuasaannya kepada Amerika(kuasa besar freemason) untuk menahan serangan kami supaya kami tidak dapat mengamuk di bumi filipina untuk membebaskan org Islam.

    Namun James Brooke Dtg. Dibuatnya fitnah kepada sultan brunei akan pemberontakkan di sarawak. Ramai org melayu sarawak mati dibunuh kerana apa?. Berani kerana Benar Takut Kerana salah. Maka semua org melayu sarawak yg benar tidak melakukan pemberontakkan mati dibunuh. Kerana mereka rela dibunuh disbbkan mereka x bersalah.

    Maka bangsa dayak mula dikristiankan supaya org melayu sarawak tergugat. Org Melayu sambas pun sama mendapat aibnya apabila Org Belanda membuat konspirasi terhadap org melayu.



    JIKA KITA ORG MELAYU MAHU SAMA2 BERGABUNG, MAKA ERATKAN PERPADUAN KITA DI ANTARA ORG MELAYU PROTO DAN DEUTRO.

    SEKARANG TIDAK HAIRANLAH JIKA ORG MELAYU SEMENANJUNG DARI KALANGAN PARA ULAMA MULA MENGENALI ORG MELAYU SARAWAK. ORG MELAYU SARAWAK JIKA DIBIMBING SEEDIKIT SAHAJA MAKA KAMI AKAN BERJUANG DAN MULA BANGUN DGN CEPAT. ITULAH GUNANYA ORG MELAYU SEMENANJUNG MNYEDARKAN SEDIKIT2 ORG MELAYU SERAWAK KERANA JIKA ORG MELAYU SARAWAK KENAL ALTER MEREKA MAKA MEREKA AKAN BERJUANG BERSAMA ORG MELAYU SEMENANJUNG. TAK PERCAYA, DTG KE SARAWAK, MARI LIHAT BYK TAK ORG SEMENANJUNG BERKAHWIN DGN ORG MELAYU SARAWAK DAN MEMBINA BYK MADRASAH HINGGA ORG MELAYU SARAWAK YG HILANG PEDOMAN MULA BANGKIT MENGANGKAT ISLAM. ANDA TAK PERNAH DGR. KERANA INILAH JANJI KAMI. BERJUANG IKHLAS SEMATA ALLAH SWT DAN KALAO BOLEH JGN BIAR NAMA ANDA DIKETAHUI KERANA IA BOLEH MENYEBABKAN RIAK DAN SOMBONG.

    MARILAH KITA BERSATU

    ReplyDelete
  2. Maafkan lah mereka Melayu semenanjung kerana kejahilan mereka terhadap sejarah.Semoga mereka nanti kenal bangsa mereka sendiri.Berdoalah semoga kelak kita Melayu bersatu di bawah Panji-Panji Islam.

    ReplyDelete
  3. Wahai Orang Melayu Sarawak
    Saya adalah Orang Melayu Semenanjung(Kedah). Saya secara peribadi tidak pernah memandang rendah O.M Borneo malah kagum dan iri hati melihat O.M Borneo yang "kaya" dengan adat-adat dan sifat lemah lembut Orang Melayu. Sebaliknya O.M Semenanjung yang "kaya" dengan duit telah lupa jati diri, adat, budi bahasa sebagai seorang Melayu. Janganlah saudara berasa rendah diri. BIAR MISKIN HARTA JANGAN MISKIN A(GAMA/DAT)

    ReplyDelete
  4. maksudnya atok ni hang tuah? betul ke ni? ini atok megat panji alam tu ke?

    ReplyDelete
  5. berair mata terharu membaca warkah hang tuah ni..kepada orng sarawak dan borneo islam akan bangkit disana..insyaallah

    ReplyDelete
  6. bukan shj melayu sarawak malah melayu kelate juga dituduh miskin, gedebe, berpuak-puak dan sbgnya...

    semuanya berpunca drpd "melayu" indon dan "melayu" mamak..

    melayu asal dan kaum asal dipecah-pecahkan utk dilaga-lagakan sesama sendiri...mereka pula bersenang lenang dgn kekayaan hasil bumi kita..

    salam dr kelate..

    ReplyDelete
  7. maaf bro admin...jika disertakan sumbernya lg molek kerana sepintas lalu ia seakan rekaan...

    mau tny selain tuah, dalam sejarah kegemilangan melayu tiada pahlawan lain ke yg buleh kita banggakan...takkan tuah bersaudara jer yg kita highlightkan...

    sepatutnya kita perbanyakkan cerita2 tentang pelbagai pahlawan melayu bukan sekadar tuah bersaudara...ini kerana tuah memang org tau, bagaimana pula dgn pahwlawan yg blum diketahui org melayu sendiri..

    ReplyDelete
  8. dakwat sudah kering pena sudah diangkat takdir sudah terlakar...... usah ragu saatnya pasti tiba.... kita bangsa berTuah, di tanah berTuah dari keturunan yg berTuah.... rupun nusantara alam melayu lah tentera dari timur yg membawa panji2 hitam....kebangkitan akhir zaman...... yg digambarkan oleh nabi muhammad sw.semua sudah direncana tuhan untuk menyembunyikan sang diri yg berTuah... dari keturunan bani tamin keturunan nabi2... semenjak nabi sulaiman hingga nabi muhammad.... gen keturunan nabi2 ini bersatu dibumi bertuah ini...... yg penting kita menjaga akidah kita supaya tidak tergelincir.... saat menanti sang diri yg bertuah itu.....

    ReplyDelete
  9. Salam kepada semua pembaca,

    Kepada Melayu Sarawak, Melayu Semenanjung dan Melayu Kelantan,

    Terima kasih atas komen-komen yang diberi. InsyaALLAH, Islam tetap akan bangkit satu hari nanti. Kebangkitan itu tak terhad sama ada di Borneo sahaja kah, atau di Semenanjung sahaja kah, atau di Nusantara sahaja kan.... Tetapi, kebangkitan itu akan meliputi semua pelusuk Timur menuju ke Tengah hingga ke Barat, membawa keamanan dan kemakmuran ke seluruh Alam. Rahmatan lil 'Alamiin. Untuk menuju ke situ, setiap dari kita perlu ada persiapan, sekurang-kurangnya kena isi diri kita, isi jiwa kita dan isi hati kita, kemudian keluarga kita, rakan2 dan org2 yg kita kenal. InsyaALLAH tiba masanya nanti, kita takkan terlopong sahaja....


    Kepada Anon 3:59 AM,

    Warkah di atas ini bukan dari Atok Megat Panji Alam tu ye... :)


    Kepada Anon 5:50 PM,

    Jika dibaca, ya ia seakan-akan rekaan. Namun, kita ambillah isi yang baik daripadanya. Sarat dengan nasihat, panduan dan pedoman untuk sekalian warga Melayu. :)

    Oh ya, kalau hendak ditanya, "tiada pahlawan lain ke yg boleh kita banggakan selain Tuah?"

    Ada! Ya, Ada! Saya kata ada. Bahkan ramai! Di atas sana pun saya ada sebutkan beberapa nama pahlawan-pahlawan hebat lain selain Tuah 5 Bersaudara. Namun, kisahnya sudah banyak digelapkan. Jadi, kalau kita ceritakan pun nanti ramai yang akan kata mitos, hikayat, rekaan dan tipu semata-mata.

    Jadi, kami tertumpu pada susuk cerita Tuah ini, kerana ia adalah antara watak pahlawan yang sangat dimaklumi oleh orang Melayu, hatta orang Puteh sekali pun, bahkan di seluruh dunia. Jadi, kebelakangan ini semacam ada usaha hendak menafikan kewujudan Hang Tuah, sebab itu kami tumpu kepada kisah-kisah berkenaan dengannya.


    Kepada yang lain, terima kasih kerana bertanya dan sudi komen di sini. Sebar-sebarkanlah wasiat terakhir ini kepada sekalian warga Melayu yang ramai di luar sana. Terutama kepada sekalian generasi muda pelapis kita, agar mereka tak lupa lalai dek arus kemodenan yg kian menghakis jati diri kita semua.


    Sekali lagi, terima kasih kepada semua. Ambillah ibrah dari warkah ini, moga-moga penyatuan ummat Islam-Melayu itu akan berlaku dalam kadar segera demi kegemilangan Islam. Amiin.... :)


    Sekian dahulu,
    Wassalam.

    ReplyDelete
  10. atok, cerita atok buat cucu kt sini gelakkan atuk saja.. apa yg dicerita oleh atuk, semua perkara yg dah lama cucu tahu sebelum atuk cerita. baik tak payah cerita atuk. siap nak tulis dialog makan sirih, bancuh kopi la, minum kopi, tuang kopi. memang bosan la saya nak baca atuk...'aaaaah sambil menguap semasa menaip'. tulis la entry yg best sikit..cerita atuk ni bosan gila la..sebab saya rasa smua org dah tau.. boring ....

    ReplyDelete
  11. muhamad haziq bin mohd hussinMarch 27, 2012 at 3:29 PM

    faruuq, blog kau penuh makna tersurat dan tersirat. Sarat dengan ilmu - ilmu. Teruskan menulis :)

    ReplyDelete
  12. Salam samua nusantara khatulistiwa,
    salagi nyawa di kandung buniya,
    tiyada malayu hilang di duniya...

    ReplyDelete
  13. salam semua..

    aku pun melayu sarawak jugak. aku peratikan sejak beberapa taun kebelakangan ni tanah melayu semenanjung memang dalam keadaan yang teruk pergolakannya. aneh kan? bila difikirkan..kerana sampai saat ni pun x jadi macam arab spring tu.

    bila ku membaca kalimat atok di atas..kenapa ingin dimusnahkan bangsa?? aku jadi seram.. terbayang dimata aku adakah bumi nusantara aka kita ini bakal mengalami pertumpahan darah? nauzubillahminzalik..

    ReplyDelete
  14. ya Allah semoga bangsa ku ini bangkit kembali... insyaAllah semoga anak bangsa kita hari ini kenal siapa Tuah sebenarnya...

    ReplyDelete
  15. Bagus warkah nih...kalau orang cakap ia warkah direka..aku tak kisah..tapi menyentuh hati..banyak input positif..ini adalah satu warkah dakwah untuk kebaikan umat Nabi Muhammad..banyak sejarah telah digelapkan kerana pasukan Dajjal itu memang mengetahui akan kebangkitan keluarga Rasullullah SAW di rantau ini..walaupun kita sudah terlambat tidak bermakna boleh lari dari medan perang..rahsia senjata kita yang digeruni oleh tentera Dajjal adalah PERPADUAN...tetapi awas bro, mata dajjal itu sudah tahu siapa dan dimana admin menulis warkah dan siapa pengkomennya IP ADRESS VIA INTERNET...anyway syabas bro..teruskan usaha

    ReplyDelete
  16. Salam kepada semua pembaca,

    Terima kasih kerana sudi singgah di teratak ini dan membaca sekilas warkah dari Atok ini.

    Dalam kesempatan ini, saya terpanggil utk menjawab komen Anon 26 March 2012, 4:19 PM.

    Setelah saya bertanya dengan Atok mengenai komen yg saudara tuliskan, Atok ada memberi saya jawapan.

    Berikut jawapan atok yg sempat saya salinkan...


    "Sungguhpun SELAKSA yang MENGETAHUI, cukuplah bagi tok SEORANG yang MENGERTI.. Karena sasunggohnya MENGETAHUI dan MANGERTI itu lain-lain parkara.. Hanya Jauhar mengenal ma'nikam"

    Saya harap ramai yang dapat memahami konteks penyampaian warkah di atas ini dan jawapan dari Atok ini. Moga-moga penyatuan Ummah ini dapat terlaksana dgn cepat...


    Sekian dahulu,
    Wassalam.

    ReplyDelete
  17. pengkhianatan. penyakit yg amat berbahaya.....

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. SEANDAINYA ANAK MELAYU LEKA,TAK KIRA LAH MELAYU UTARA,TIMUR,SELATAN DAN BARAT...........MAKA AKAN HANCURLAH PERPATAH 'TAKKAN MELAYU HILANG DIDUNIA'...BANYAK PERTUALANG YANG MEMPERLAGAKAN BANGSA KITA...UNTUK APA? UNTUK MELIHAT ANAK BUMIPUTRA GUGUR DI TANAH TUMPAH DARAH SENDIRI....INGATLAH,SEDARLAH,PERINGATILAH SAUDARA2 KITA,SAHABAT2 KITA,ADK2 KITA SUPAYA JGN BERPECAH BELAH.....BANGSA YANG SEDANG MENUMPANG HIDUP DI TANAH AIR KITA HANYA KITA BERPECAH BELAH.....MEREKA AKAN BERTEPUK TANGAN.......TAK KIRA PAS,KEADILAN,UMNO YANG MEMERINTAH NEGARA KITA YANG PENTING MEREKA MELAYU.....JANGAN DI BIARKAN SI CEPEK MATA DAN SATU BAS RIUH(jika mereka bersembang 2 orang sahaja sudah riuh satu bas) memerintah negara kita........

    ReplyDelete
  20. Maka benarlah apa yg di katakn oleh Tun Mahathir "MELAYU MUDAH LUPA" ·····Tapi ramai yg marah mengatakan Tun Mahathir bukan melayu asli berdarahkan DKK, tapi pada hakikat yg sebenar Tun coba mengingatkan bangsa melayu jgn cepat lupa asal muasal jati diri sebagai orang melayu······hahahaha sedih kadang kala jika mengenangkan nasib dan pendirian MELAYU HARI INI BERMATAKAN SULTAN BERAJA DIHAT.

    Semoga TAK KAN MELAYU HILANG ADAT DAN RESAM BANGSA DAN AGAMA ~ peace yooooo :-)

    ReplyDelete
  21. Hang Tuah = Melayu paling keparat dalam sejarah!

    ReplyDelete
  22. السلامعليکم ورحمة الله
    اعوذبا الله من آلشيطان الرجيم
    .....أليس الله بكاف عبده
    الزمر 36
    Dalam surah Az Zumar ayat 36: Tidakkah Allah cukup untuk hamba-hambaNya? Dan mereka cuba menakut-nakutkan kamu dengan sesuatu selain daripadaNya. Sesiapa yang Allah sesatkan, tidak akan mendapat sebarang petunjuk.

    1. Apa guna mempertahankan hak melayu itu kalau dengannya, tak lepas soalan kubur ku?
    2. Cukuplah Allah mencukupkan bagi diriku, dan memperbaiki melayu ku, kerana Allah berjanji, Dia sudah cukup.
    3. Malangnya, terlalu ramai melayu yang telah tinggalkan kekuatan nya... iaitu Islam, Iman dan Ehsan.
    4. Lalu jadilah dia mengejar tahTa, harTa dan waniTa.

    ReplyDelete
  23. bile bace... ade goose bump laaa..... x hilang2 ni....

    ReplyDelete
  24. Sampaikan salam saya pada tuk tuah.. Kami sekeluarga amat berterima kasih ats nasihat tok tuah kpd keluarga kami selama ini.. Tak kan melayu hilang di dunia.

    ReplyDelete
  25. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  26. baru hari ni saya baca blog ni atas sebab takdir dan mimpi pagi tadi. .
    alhamdulillah. .
    setiap yang hilang akan berganti. .
    yang patah kan tumbuh kembali. .
    allahuahad!
    allahuakhbar!. .
    melayu-islam
    islam-melayu. .

    ape2 pun. . tahniah atas usaha anda sahabat.
    abaikan pengkritik yang bodoh menilai akan makna makni yang tersirat dan tersurat. .
    semoga allah sentiasa menjadi pelindung bagimu dan anda sekalian wahai umat2 muhammad. .
    👍👏✌

    ReplyDelete
  27. Raja adil
    Raja di sanjung
    Raja zalim
    Raja di sangah

    (Semangat jebat)
    .

    ReplyDelete
  28. Meremang bulu roma baca warkah ni...sangat mendalam maksudnya

    ReplyDelete
  29. Meremang bulu roma baca warkah ni...sangat mendalam maksudnya

    ReplyDelete