Biodata Iblis




Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad saw serta seluruh Ahli Keluarganya, Para Sahabat dan sekalian Pewaris Nabi. Al-Fatihah...


Alhamdulillah, telah tamat kerja-kerja saya dalam mengadaptasi kembali artikel Iblis Dan Alamnya (Musuh Kamu Yang Paling Nyata) dari Pendahuluan, Muka Surat 1, Muka Surat 2, Muka Surat 3 dan Muka Surat 4 dengan jayanya. Setelah kita memahami perihal musuh kita yang paling nyata tetapi tidak nampak itu, maka fahamlah kita akan duduknya perihal Jin, Syaitan, Iblis dan segala macam keturunan mereka itu.


Artikel kali ini adalah artikel Penutup bagi keseluruhan artikel Iblis Dan Alamnya (Musuh Kamu Yang Paling Nyata). Dalam artikel ini, saya nyatakan secara ringkas mengenai perihal Jin, Syaitan, Iblis dan keturunannya. Semoga dengan Penutup ini, akan memberi lebih kefahaman kepada kita sebagai tamatnya penulisan Atok Zamany dalam Bab Iblis ini.


Artikel ini saya dedikasikan khas buat sahabat serta rakan seperjuangan saya, Saudara ABATASA yang telah banyak membantu dan menolong saya dalam menjayakan usaha-usaha mengulang siar artikel Iblis Dan Alamnya (Musuh Kamu Yang Paling Nyata). Semoga segala usaha beliau akan mendapat tempat dan Pahala yang besar disisi Allah swt hendaknya. Amiin...


Akhir pembukaan, sekali lagi, saya mengucapkan Jutaan Terima Kasih kepa Atok Zamany yang telah berpenat lelah dalam membukakan tabut rahsia terbesar ini untuk tatapan kita semua seluruh ummat Dunia utamanya kepada kita yang berada di Wilayah Nusantara Tanah Jawi ini. Sekalung penghargaan juga saya berikan kepada, Ayah dan Ibu saya, Guru-guru saya, Rakan-rakan seperjuangan saya, Cg Azhar Ali, Warfeel Efairy, Krew-krew FOM, Ust Isharuddin Ismail, Saudara ABATASA, Saudari Alhusna, dan sekalian mereka-mereka yang telah banyak membantu dan mendorong saya secara langsung atau tidak langsung sehingga berjaya saya menyiapkan ulang siar bagi artikel tersebut. Semoga segala usaha anda semua akan mendapat tempat dan Pahala yang besar dari Allah swt hendaknya. Amiin...





Teruskan Perjuangan!! Masanya Kian Hampir!!!



Wallahua'lam,
-Orang Gombak,
-Editor,
Sabtu, 1 Mei 2010, 2.28 petang.

------------------------------------------------------------------------




IBLIS DAN ALAMNYA (MUSUH KAMU YANG PALING NYATA)
Penutup
Katagori Bacaan: Memberi kefahaman kepada kita secara ringkas dan mudah.
Peringatan: Atikel dalam bab Iblis Dan Alamnya (Musuh Kamu Yang Paling Nyata) ini akan tamat disini.





BIODATA IZAZIL


Nama Sebenar: IZAZIL LAKNATULLAH

Gelaran: The Fallen Angel, Dewata Maha Dewa dan seumpamanya.

Kelahiran: Lahir dan muncul dari kalangan Iblis.

Status Diri: Kafir

Tempat Tinggal: Di dalam jiwa manusia yang telah bersemadi dengannya.

Alamat Tetap: Neraka JAHANNAM.

Kedudukan: Merupakan Raja bagi segala Raja, Raja di atas Raja, Ketua segala Ketua, Ketua atas Ketua dan MahaRaja bagi seluruh Hierarki Kerajaan Alam Ghaib Jin, Iblis dan Syaitan.

Hobi: Mengajarkan sihir tahap tinggi kepada mereka-mereka yang layak sahaja.

Cita-cita: Mencari lebih ramai orang yang layak dan sanggup bersemadi dengannya untuk dijadikan teman berperang dengan Orang Islam.

*Selebihnya tidak ada data mengenainya secara tepat. Hanya ini yang dapat dinyatakan.




BIODATA IBLIS


Nama Sebenar: IBLIS LAKNATULLAH.

Nama Glamour: Hantu, Syaitan, Pelesit, Jembalang, Langsuir dan sewaktu dengannya.

Kelahiran: Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s beratus ribu tahun yang lalu.

Status Diri: Fasik kelas pertama.

Pegangan Agama: Kufur/Kafir.

Tempat Tinggal: Di hati-hati mereka yang lalai.

Alamat Tetap: Neraka Jahannam.

Kawasan: Di setiap penjuru hati yang di dalamnya tiada langsung usaha untuk mengingati Allah.

Arah Perjalanan: Boring, Tiada haluan dan bengkang bengkok.

Isteri: Setiap wanita yang tidak menutup aurat, tidak mentaati Allah, Rasul dan suaminya.

Kaum Kerabat: Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah.

Sistem Kerajaan: Monarki Beraja, Raja tertinggi dipimpin Izazil diikuti The Hidden Hand (THH)/Dajjal dan semua Manusia Iblis yang telah bersemadi dengan diri mereka.

Modal Pusingan: Angan angan kosong dan tipu daya yang halus serta teliti kerjanya.

Tempat Pertemuan: Konsert-konsert hiburan, tandas, pasar-pasar dan di semua tempat jual beli.

Musuh Ketat: Setiap orang Islam yang beriman dan berTaqwa.

Sahabat Karib: Anak-anak Adam.

Orang Yang Paling Disayangi: Manusia yang sentiasa melakukan maksiat dan derhaka kepada Allah swt, Rasulullah, Pewaris Nabi, ibu bapa, guru-guru, pemimpin dan sebagainya.

Motto Kerja: 'Hipokrit asas akhlak' (Munafiq).

Hobi: Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda manusia lalu menyesatkannya sama ada secara terang-terangan atau secara halus lagi mendalam.

Cita-cita: Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir dan mengikutnya ke Neraka.

Sukan Yang Tidak Digemari: Acara langkah seribu emasa Malaikat Maut ingin mencabut nyawa.

Sukan Yang Digemari: Onani, liwat, rogol, seks bebas, berdansa di kelab-kelab malam, berpegangan, bercium dan berpelukan antara yang bukan muhrim.

Kelemahan Diri: Bila manusia mengucap Syahadatain, berzikir, Mengaji Al-Qur'an dan beristighfar kepada Allah.

Mentor Yang Dikagumi: Manusia yang mengaku Islam yang mempunyai kelebihan melebihi dari dirinya.

Logo: Sebarang tatu, corak-corak kesesatan, geometri sesat dan segala macam lambang-lambang kesesatan.

Pejabat Operasi: Tandas, bilik air, pasar, tempat yang bernajis dan kotor serta tempat-tempat maksiat seperti kelab malam, disko, rumah ibadat orang kafir, tepi pantai, tempat-tempat yang banyak maksiat termasuk Myspace dan Facebook.

Rakan Kongsi: Golongan Munafiq serta syaitan-syaitan dari kalangan Jin dan Manusia.

Sumber Pendapatan: Segala harta yang diperoleh dengan jalan haram dan riba'.

Jenis Perkhidmatan : Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan derhaka terhadap Allah swt, Rasulullah, para Ulama', kedua ibu bapa, guru-guru dan sebagainya.

Tempoh Serkhidmatan: Sehingga saat Kiamat berlaku.

Matlamat Sebenar: Membawa Anak cucu Adam bersama-sama ke Neraka Jahanam.

Rakan Sejawat: Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran.

Gaji Pekerjaan: Dosa-dosa kecil/besar dan kemurkaan Allah swt.

Pembantu Setia: Orang yang suka mengumpat, mencaci, memaki hamun, menghasut, pendengki dan pendendam.

Peristiwa Yang Tak Dapat Dilupakan: Semasa Allah menjadikan Nabi Adam a.s.

Kenangan Manis: Di waktu manusia diambang Sakaratul Maut dan mati dalam kekafiran.

Kenangan Pahit: Manusia yang digodanya mati dalam keimanan.

Makanan Kegemaran: Daging orang mati, segala najis, kotoran dan makanan yang dimakan oleh manusia dengan tangan kiri, berdiri, berjalan dan tanpa membaca doa sebelum memakannya.

Minuman Yang Digemari: Wiski, brandy, tequila, todi, wine, arak, air daun ketum, dan semua minuman yang memabukkan serta semua minuman yang diminum manusia dengan tangan kiri, berdiri, berjalan dan tanpa membaca doa sebelum meminumnya.

Yang Paling Ditakuti: Orang Mu'min yang berTaqwa serta seluruh Pewaris Nabi yang beribitah, berwasilah menyampai ke Tangan Baginda Nabi Muhammad saw dan seluruh Pejuang Islam Akhir Zaman termasuklah Panji-panji Hitam.

Yang Paling Dibenci: Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah dalam segala aspek.

Alat Perangkap: Wanita-wanita cantik, model, pelacur, peragawati, dan sebagainya.

Saat Ajal: Bila tiba waktu yang ditentukan Allah di hari Kiamat kelak.

Yang Paling Membosankan: Bila tiada lagi manusia yang mahu mengikuti kemahuannya.

Tugas Yang Paling Meletihkan: Menganggu manusia ke arah kebaikkan kerana Allah Ta'ala.

Tugas Yang Paling Disukai: Mengajak melakukan homoseks, lesbian dan berzina.

Janji Kepada Manusia: Janji-janji kosong, angan-angan dan tipu daya.

Yang Membuatnya Gembira: Manusia yg mengikut jejak langkahnya menghina Agama Islam, Nabi Muhammad s.a.w dan Pewarisnya (Ulama').

Yang Membuatnya Bahagia: Manusia yang telah memfitnah saudara seIslamnya yang memperjuangkan Agama Allah sekaligus berjaya membuat manusia tersebut terjerumus ke lembah ke hinaan.

Saat Yang Mendukacitakannya: Manusia yang mempunyai cita-cita untuk bertaubat.

Yang Membuatnya Menangis: Bila Manusia yang disayanginya sujud kepada Allah swt dan bertaubat.




BIODATA SYAITAN


Nama Sebenar: SYAITAN LAKNATULLAH.

Gelaran: Hantu, polong, pelesit, langsuir, pontianak, saka maka, jembalang, toyol dan segala macam yang seumpama dengannya.

Kelahiran: Lahir bersama-sama manusia yang lahir ke Dunia.

Status Diri: Kuli bagi Raja-raja dalam Kerajaan Jin, Iblis dan Syaitan.

Agama: Kafir, Munafiq, Kufur, Syirik.

Tahap Kerajinan: Melebihi 100% rajin dalam bekerja, perajin yang sejati.

Perkara Yang Ditakuti: Takut dibunuh oleh Iblis dan Raja-raja mereka kerana malas dalam bekerja menyesatkan manusia.

*Selebihnya sama perihal akannya seperti Iblis tadi.




BIODATA DAJJAL


(Gambaran Patung As-Samiri ciptaan Dajjal)


Nama Sebenar: AL-MASIH DAJJAL AS-SAMIRI.

Gelaran: The Hidden Hand, As-Samiri, All Seeying Eye, Ordo Ab Chao, Wirawan Kebangkitan Kejahatan dan seumpamanya.

Kelahiran: Lahir dari pasangan adik beradik yang bersekedudukan pada zaman Nabi Allah Musa as, iaitu beratus tahun yang lalu.

Tempat Tinggal: Kerajaan Alam Ghaib sebelah barat.

Sifat Diri: Telah bersemadi dengan Iblis.

Tahap Ilmu: Memiliki Ilmu Tahap Tinggi serta sihir-sihir terhebat terus dari Izazil Laknatullah.

Kedudukan Sekarang: Bersembunyi dalam Alamnya.

Kemunculan: Akan muncul disuatu masa nanti yang telah ditetapkan oleh Allah baginya.

Matlamat: Menyebarkan Fitnah Besar dan merosakkan seluruh pelosok muka bumi bagi orang yang tidak mahu mengikutnya.

Kedudukan Dalam Kerajaan Jin: Yang ke dua selepas Izazil dan Yang Pertama dalam Kerajaan Alam Ghaib sebelah barat.

Orang Yang Paling Disayanginya: Orang-orang yang setiap harinya berusaha untuk menjayakan misi ke arah kemunculan semulanya (Freema, Illumi, Rotry, Si Ai Ea dan lain-lain).

Perwatakan: Jahat, busuk hati, kejam, ganas, pebawa kerosakan dan kemusnahan.

Kejatuhan Kerajaannya: Di suatu masa yang telah ditetapkan oleh Allah yang mana kerajaannya akan tumpas dibawah tangan Panji Hitam dari Timur pimpinan Imam Mahdi.

Tarikh Mati: Telah ditetapkan oleh Allah swt pada suatu masa nanti yang dia akan dibunuh oleh Nabi Allah Al-Masih Isa Alaihis Salam.


*Selebihnya tidak dapat dinyatakan, kerana ia disembunyikan.




Saya kira, setakat itu sahaja perkara-perkara yang patut diketahui bagi orang biasa. Saya kira ia telah lebih daripada cukup untuk mengenal musuh kita yang nyata tapi tersembunyi itu. Untuk kefahaman lebih mendalam, silalah baca artikel-artikel dari prekuel Iblis Dan Alamnya (Musuh Kamu Yang Paling Nyata). InsyaAllah, dengan penutup ini, semoga kita semua faham dan tahu dengan lebih dalam mengenai perihal gerak-geri musuh kita. Semoga anda semua beroleh manfaat dari artikel ini.


Maka dengan ini, tamatlah kerja-kerja ulang siar bagi artikel Iblis Dan Alamnya (Musuh Kamu Yang Paling Nyata). Nantikan artikel-artikel menarik seterusnya dari kami di bradokapak.blogspot.com. InsyaAllah dalam keluaran akan datang, akan saya paparkan cerita dan kebaikan disebalik menghisap ROKOK. Bagi anda yang merokok, ini adalah sesuatu yang harus ditunggu-tunggu. NANTIKAN!


Semoga segala usaha saya ini, mendapat Pahala dan mendapat tempat yang baik dari Allah swt.










Ya Allah, saksikanlah... Telah aku sampaikan kepada mereka...









Wallahua'lam,
Wassalam.
-Orang Gombak.

7 comments:

  1. Nice entry Sahabat. Keep it up!

    ReplyDelete
  2. mane pegi blog budak efairy tuu?ilang ker?

    ReplyDelete
  3. Salam semua pembaca...


    Saudara Wafi,
    Terima kasih kerana sudi bertandang ke mari... InsyaAllah, selagi ada daya, akan sy teruskan perjuangan ini...


    Saudara Islamic Neutron,
    Beza Iblis dan Azazel ialah, Azazel ialah ketua yang diangkat dari kalangan Iblis untuk menjadi Raja bagi segala Raja dalam Kerajaan Jin, Syaitan, Iblis dan Alam Ghaib... Dan Azazel juga dari kalangan Iblis yg terpilih...

    Untuk menambahkan lagi kefahaman saudara mengenai Alam Jin, Iblis dan Syaitan ni, silalah baca artikel karangan Atok Zamany, Iblis Dan Alamnya (Musuh Kamu Yang Paling Nyata) dari awal hingga habis... InsyaAllah saudara akan faham segala aspek Jin, Iblis dan Syaitan ini...


    Wallahua'lam,
    Wassalam...
    -Orang Gombak

    ReplyDelete
  4. Salam,
    minta izin copy untuk sebarkan ye..=)
    Semoga ALLah merahmati akhi atas nafas yg memuji nama Allah melalui setiap dakwah tulisan anda..
    InsyaALLah..teruskan berjihad~

    ReplyDelete
  5. Salam kpd saudari Alyfa an-Nisaa,


    Terima kasih kerna sudi bertandang ke mari dan membaca artikel yang ada disini, semoga ia bermanfaat dan pahalanya mengalir dari awal hingga akhir...

    Jika saudarai hendak copy dan sebarkan, dipersilakan. Dan jangan lupa utk letakkan link blog ini dalam edisi 'copy' saudari agar memudahkan org yg membaca itu mencari sumbernya.

    Dan diingatkan lagi, utk menambahkan kefahaman yang mendalam, sila baca dari awal artikel ini hingga ke akhirnya. Semoga anda nampak pencerahan yg mendalam dalam bab ini.


    WAllahua'lam,
    Wassalam...

    ReplyDelete
  6. as-salam

    ingin meminta kebenaran untuk ambil artikel nie untuk simpanan dan bacaan . line internet selalu masalah .

    ReplyDelete